Thursday, 12 April 2012

Rukun bacaan Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sambungan daripada entry sebelum ini... Hari ni nak sentuh sedikit tentang Rukun bacaan Al-Quran. Seperti Rukun2 yang lain seperti Rukun solat dan nikah... Rukun ni adalah perkara-perkara yang mesti dilakukan... Seperti solat, jika tertinggal salah satu rukun maka tak sah lah solat kita... Ada TIGA rukun bacaan Al-Quran :

1. Berguru dengan guru yang mempunyai sah sanad... Ape itu sanad? Sanad bermaksud sandaran.. Ini bermakna kita mempelajari al-Quran yang bersambung kepada bacaan Rasulullah s.a.w. Sanad ni sangat penting kerana bacaan al-Quran adalah sunah yang mesti diikut.. Bacaannya haruslah tepat seperti ajaran Rasulullah yang telah diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail.. So, kalau ustaz tu ada sanad, beliau akan ada carta aliran pengajiannya bermula dengan Rasulullah sampai lah nama tok guru dia dan nama dia..  So, bukan senang-senang nak dapat sanad ni.. Oleh yang demikian, berguru lah kita tatkala ingin membaca al-quran.. Mungkin kita rasa bacaan kita dah betul tetapi kita tetap perlu berguru...

2. Hendaklah kita membaca dengan bacaan sebutan Arab... Kalau tau berbahasa arab atau basic arab adalah digalakkan.. Jangan pula kita baca dalam sebutan melayu pulak.. Practice make perfect.. Mula-mula mungkin kita boleh baca dengan kelajuan yang perlahan.. Semua org bole membaca dengan laju tetapi yang penting bacaan dan sebutan yang tepat.. Itu yang sangat dituntut2 keh?

3. Membaca al-Quran menggunakan Rasm Uthmaniy.. Terdapat 2 jenis al-quran. Rasm Uthmaniy dan Rasm Al-Imla'i... Rasm Uthmaniy ni adalah al-quran yang ayatnya diturunkan kepada RAsulullah dan telah ditulis oleh Saidina Uthman. Dan penyampaian adalah secara terus daripada RAsulullah... Terdapat perbezaan tulisan diantara kedua-dua jenis RAsm ni... Penulisan Rasm Uthmaniy adalah lebih tepat terutama apabila masuk hukum2 tajwid.

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian ilmu daripada saya. kalu dapat yang lain, nnt akan di hupdate terus kepada kalian... Selamat membaca. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menjadikan kita manusia yang lebih berilmu dan menjadi lebih baik.... iAllah~

Monday, 9 April 2012

Sharing is caring~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

HAri ini mulakan hari dengan penuh ketenangan dan kesyukuran... Mengenal sedikit hukum-hukum mudah yang kita sendiri tak tau maupun lupe... Moh ler kite ----------------------->

Hari nie aku nak bgtau sikit hukum-hukum berkenaan dengan al-quran. Urmm, mcm biasa pendek dan ringkas je... Ini pun aku dapat drpd seorg ustaz lah ~ pendek tp menarik :

Q :Apakah hukum mempelajari ilmu tajwid ?  ( sapa buleh jwb???)
A :Hukumnya adalah fardhu kifayah....
Q : Apakah itu fardhu kifayah?
A : Fardhu itu adalah wajib.... Tetapi fardhu kifayah itu , apabila segelintir manusia melakukannya, sebahagian daripadanya terlepas daripada dosa. In a short termnya, org lain buat, kt tak payah or kt buat , org lain tak payah....

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran dengan bacaan tajwid yang betul?
A : Hukumnya adalah fardhu Ain
Q: Apakah itu fardhu Ain?
A:  Fardhu sekali lagi adalah wajib.... Fardhu Ain adalah wajib bagi individu itu sendiri.. Maka kita perlu dan org lain pun perlu membaca al-quran dengan betul...

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran?
A: Hukumnya sunat
Q: Apakah erti sunat?
A: Sunat bererti buat dapat pahala tak buat tak dapat apa2.... Tp ustaz nie guna pendekatan lain sikit lah... Buat dapat pahala, tak buat rugi! (hehe)

Marilah membaca al-quran dengan sebutan dan tajwid yang betul... Kepada yang tidak tau membaca atau slow tidak mengapa kerana setiap pahala kesukaran bacaan kita itu semuanya dikira....Dan jika yang tak tau betul atau salah bacaannya tidak terlambat untuk kita berguru.... Apabila kita berguru, kita lebih yakin bahawa bacaan kita adalah betul... IALLAH~

p/s : Ada byk juga ustaz2 yang tidak ambil upah pun mengajar tetapi tiada siapa yang ingin belajar akibat kekangan masa dan sebagainya... Maka, pandai2 lah kita membahagikan masa.. Kalau dah pandai nnt boleh lah ajar anak2 kita bacaan yang tepat seawal usia kecil lg =) 

Saturday, 31 March 2012

Cinta Bersatu~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Hanya engkau saja yang tulus mengerti aku, terima apa adaku~ cewah~



Friday, 30 March 2012

Hormati sesama manusia~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tak ada idea nak tulis apa sbb bila semangat berkobar-kobar nak share bahan, mesti tgh drive ke, kt kedai ke, tgh cat rumah ke, tgh gosok gigi ke... Op coz lah lappito takde kt depan mata... Skg ni, time mengantuk plak la kan nak hupdate belog.. 

Hurm, sambil dgar era kt lappito ni... Layan jgk lagu2 sekarang ni.. byk best2~ Tp sekarang tgh layan lagu lama~ Ape ntah la tajuk die... Saleem nyanyi... 

Ok , back to our topic... Respect!

Hormati sesiapa sahaja tidak kira tua mahupun yang muda daripada kita.... Tak kira berpangkat tinggi atau pun rendah... Kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing... Even ape jua pekerjaan orang tu... Jangan kita memandang rendah kerana setiap apa jua pekerjaan yang dilakukan ada sumbangannya kepada bangsa, agama dan negara. Ok?

Tp aku rasa budak2 sekarang nie pun ramai yang tau menghormati, mereka tidak mengira pekerjaan seseorang tu semata-mata... Budak2 pun dah pandai menilai.. Diorg sume bijak pandai zaman2 lani. Yelah, nak dengar ceramah pun online je.. Ilmu tersebar luas dengan mudahnya.... Semoga dengan teknologi-teknologi terkini budak2 kita lebih menggunakannya ke arah kebaikan... Nak dapat maklumat pembelajaran pun senang....

Mata dah mengantuk lah pulak...... zzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzz nytenite~

p/s: Dgar lagu yuna sat b4 sleep~~~~~~~~~~~~~~~~~ lalalalalalalalalala~

Thursday, 22 March 2012

Friendster???????~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Baru ketahuan Friendster dah hilang dari muka bumi ni...hehe~ Bubye frindster , welcome facebook, twitter, tumbler dan er yg lain2......... Even byk sgt laman sosial kini tp aku mls nak melayan sgt.. cukuplah 1..... Cukup cukuplah dgn 1 keseronokan yang melalaikan... he he he~

Kenapa friendster dah lupus yer? Tp friendster la bermulanya laman bersosial kite kan... Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku guna friendster... Sejak aku dah terminate account la...hehe.. Thanx to friendster yg memberi kenangan yg cukup manis yang tidak dapat aku lupakan... Mengenal erti kehidupan dan pandangan hidup.. Pandangan kepada insan yang bernama manusia.... Farewell Friendster~ 

p/s: Manusia mencipta sesuatu untuk kebaikan tetapi manusia juga yang merosakkan~ 

Saturday, 3 March 2012

Cantek tetap cantek, hepi tetap hepi =D ~

Assalamualaikum w.b.t

 Salam 1 Malaysia

Hasrat hati nak dapat baby yg ramai tapi sebelum tu kena lah pula melalui stage2 lain sebelum hasrat di hati tercapai... hehe~

Sedang sebuk bertambah sebuk......... Sebab malas nak pk byk bergerak pantaslah jwbnye...Preparation sebelum melangkah ke alam rumah tangga sgtlah rumit... Mmg rumit.. Sebab bagi aku majlis nikah kahwin nie byk belanjenye.. Takut ikut hati dan mengamalkan pembaziran pule... Benda tu yg plg aku risau.. So, aku try to amalkan ' Murah dan cantek'... Yes, sbb aku juge insan yg suka pd kecantikan tp selalunye cantek tu tentu lah mahal... hehe.. sape kate??  IAllah boleh dapat yg murah yg penteng santek lah.. Dan tak melebih2 lah... 

Ok lah, bila aku nak uruskan nikah kawen nie baru aku sedar kdg2 offer yg dtg mmg byk. cantek2 tp tp tp... Mak aih, mahal betul! Kpd kwn2 mmg mahal OK (sesape yg tak kawen lg la).. Tp sebenarnye pilihan di tgn kite... Kite boleh je nak cut cost dgn amek pilihan yg lebih murah tp cantek.. Especially duk kt kaw bandar ni.. Tp Alhamdulillah , Allah tunjuk kan jln yg mudah dan murah.. Sbb Dia tahu kemampuan hambaNya~

Ok lah, ape yg aku nak kongsi kan hari nie untuk diri aku juge... Supaya tak tersasar ke jlnNya.. Ingat! Kawen nie 1 hari aje, tak perlu berlebih2 yer wahai sayya~ 

Peringatan2 yg penting utk diri saya :

1 )  “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

**Aku dah dididik dr kecik TAK BOLEH PAKAI BULU MATA PALSU! So, aku mmg tak lah rase nak pakai pun.. So, aku tetap pendirian sesape nak make-up aku sila follows my rulesssss.. TQ =)
Alhamdulillah , pertemuan aku dgn kak Fadh yg paham, even die pun bertudung dan paham~ and lg 1, ade juge pengantin yg nak amek mak andam lelaki sbb dorg make up cantek.. For me, amek ajelah pompuan sbb u all mmg dah gojes... Penganten mmg dah cantek OK... Allah jdkan kt mmg sempurna....

** Kedua mengenai inai~ Aku mmg suke lah kan tgok org pakai inai lukis2.. Santekkkk!!! Bagi aku ok je~ Tp biaselah parent aku mesti lah tak bagi... even inai pun diorg kate tak boleh.. (of coz sbb ustaz lah bgtau) Owh, sedey='(... Takpe2 aku cari fakta and sile baca petikan ayat di atas.... Ok, aku faham dah kenapa tak boleh.. Mungkin inai lukis2 tu menyerupai tatoo... So, I hope i can still wearing JUST inai di jari... Tak de lukis2 keh?  Ade jugak aku search internet tentang kesahihan ini... Tp mmg ade yg kate harammm... So, sesape yg tau boleh juge give any respon to this. Tp aku mmg tak nak lah lukis2 sbb TAKUT!Lg pun aku tak rugi ape2 kalau tak pakai =)


2) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun menyatakan: Kalau mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

- Yang ini aku paham lah.. Waktu aku blajar dulu mmg tak boleh pkai baju yg berjela2 yang menampakkan kesombongan... Ini mmglah berlaku.. Kalau kita tengok filem2 barat.. KING2 dorg akan pakai jubah yg mencecah ke lantai kan kan kan.... Pastu, mmg aku tgok pilihan baju penganten2 yg ade semuanye labuh2 mengheret ke lantai... Mbe fesyen.... So, sebagai peringatan, SILA pilih kain yg tak labuh yer wahai sayya~ ( Susah gak ni kalau xde pilihan) Tp TETAP kene ikut kan, so JGN!). Ye lah, bila dah pakai labuh2 tu mbe ade perasaan mcm princess ke, tak tau lah kan........ 

3 ) Majlis tepung tawar... Aku tak dapat lah hadith berkenaan tepung tawar nie... Parent aku lg sekali melarang aku menepung tawar.. Tp aku tak kesah pun.. Tp aku mushkil lah apa ada dgn tepung tawar nie sebenarnye? Kenapa die ade zaman tok nenek moyang and kenapa kt tak boleh mengamalkannya.... Rupe2nye zaman dulu2 tepung tawar nie mcm kepercayaan zaman dulu2 kononnye beras tu ade semangat lah.. Beri kesihatan lah semua yg baik2 lah.. Begitu rupenye... Ok lah even kt tak PK pun sampai ke situ tp tetap tak nampak function tepung tawar e2 sendiri... So, just leave it !

4) Last sekali, pembaziran.... Yg aku nak cerita ni skit... Benda yg paling aku risau... Bagi aku banyak duit terpulanglah nak buat ape pun kan kan.. tp janganlah sampai menghampiri pembaziran.... Ok? Kdg2 bila fikir, hidup tak ber duit byk yg kita berkira2.. maka, kita beringat2 utk tidak membazir.... Semoga aku tergolong di antara org yg tidak membazir walau pun aku juga manusia biasa yg inginkan mcm2.. Yg santek2 lah~ yg penteng santek tp jimat... Ok =)


Itu sahaja yang aku nak kongsi dan mengingatkan diri aku yang kadang2 leka.... Dan post ini juga aku ingin kongsi bersama rakan-rakan ye.. Kalau saya ade tersilap langkah sila lah tegur2 kan.. (eh, ckp dgn rakan terus tukar sy tau... hehe )

p/s: kawan2 kalau ade salah dan silap sy tulis sile bg komen skit.. Sy nie bukan tau sgt , just want to share what i know with all of  you.muahx =)

Thursday, 23 February 2012

Nukilan seminit dua ~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Nukilan seminit dua~

Post pun seminit dua ~

By: Me

Tangan diangkat ke langit, 
Sakit terasa perit,
Namun diri tak pernah serik,
Walau ada yang lebih menarik.

Rahmatnya sentiasa ada,
Namun jarang manusia jumpa,
Kerana datangnya berbeza-beza,
Hanya iman yang dapat merasa.

Kutitip doa sentiasa,
Agar selalu diingatiNYA,
Tidak dibiar aku lalai dan leka,
Menjauhi ku dari JANNAHNYA.


Thursday, 19 January 2012

Layan~~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tak tau guane buleh terjerumus ke kancah gossip artis... Tetibe teringat cik in + cik ya... Haha.. Di suatu hening malam hari aku, cik in + cik ya terOVER borak pasal artis mcm lah artis tu adek bradek kitorg... sedara ape ntah lagi....Bercerite kalahkan wartawan gossp... Aku pun tak ingatlah cite pasal ape and siape yang pasti bile masing2 tersedar, mmg gelak tak tahan. Hari nie aku ternampk kt FB plak pasal mertua vs menatu... Tau2 la kan sape artisnye yang sekarang heboh diperkatakan... Hurmmmm... Mmgla tak fatut la kan cerita2 begini begitu keluar... Semuanya nak ikut perasaan. Kadang2 , kita ni jgn la terlalu bercakap mengikut perasaan, akibatnya tak elok nampak ke kita juge... Oleh memandangkan aku tak kahwen lagi, ini mendatangkan kerisau-an nie.. haha... harap-harap idak ler mertua vs menantu ni melibatkan kita semua... ape2 pun syurga itu di tapak kaki suami.. Kalau hati suami kita tak tenang mcm mane ah kita nak tenang... ye dak? haha.. cakap mcm lah kite nie terer sangat nak jaga hati suami.. hehehehehehehe =D 

Point aku nak cakap hari ini adalah...jen jen jen......( korang pon dah tau ler)

1. Jangan jadi ARTIS... haaaa... kan senang.. Orang pun tak tau pasal kite.. Kdg2 kite yang bukan artis ni pun ade org nak amek tau.. Inikan pule artis.. ye dak? At least ape yg berlaku pasal umah tangge idak ler org ramai tau.

2. Elakkan berkahwin dengan artis... Ini idak ler di galakkan tp kalau dah di tentukan idak ler boleh buat ape2  terimalah seadanya.. Idak ler kite memandang rendah seseorang artis itu cuma jika artis yang mengikut ciri-ciri Islam bolehlah di pertimbangkan walaupun dugaannya tetap ada....Yelah kita mencari calon pun kene ikut ciri-ciri yang digariskan... 

3. Jangan kawen lari..... Penat eh nak lari2 nie.. Kawen duduk je atas pelamin pun dah penat seharian ini kan pule nak habis kan wang ringgit kawen lari... Lain la kalau nak merase kawen kt oversea (thailand)...hehe.. 

4. Cubalah tambat hati orang tua kita.. Bukan dipihak menantu sahaja.. Anak pun bertanggungjwb buatkan mak/ayah anda suke kan isteri/suami anda.. Bukan peranan sebelah pihak sahaja...

Aku idak ler ade krisis dgn mak mertua sbb aku tak kawen lagi.. Tp aku tau la adap2 dan landasan2 yang telah ditentukan... Tanggungjwb msg2 kene ler study betul2.. Yang aku tau org yang lebih muda mesti dan mesti juge nak hormat org tua.. Ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki... Syurga anak lelaki di bwh tapak kaki ibu. Isteri pula kena tunduk patuh suami selagi suami tidak menyalahi tuntutan agama.. Nak cakap panjang pun susah juger lah kan.. Kalau org yang mengetahui iAllah semua ini dapat dielakkan.. Bukan hanya samakan perkara mertua vs menantu ni dgn cerite drama melayu tentang DHIYA.. Sah2 la cerite tu pun ntah hape2.. syirik... Sedih pulak bila 'ter' baca gossip pasal artis.. haha.. Mentaliti manusia yang comments are very ridiculous.... Tak tercapai akal.. haha... Tp at least aku bleh terbitkan 1 post ari nie =)

p/s: Don't judge others because we are not really knows what is the truth behind the 'TRUTH' =)

Tuesday, 10 January 2012

Assalamualaikum w.b.t


Salam 1 Malaysia

Search sum keyword, suddenly terjumpa sesuatu yang menarik hati... Just copy and paste sebagai peringatan =)  

Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".


Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.


Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.


Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".


Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).


Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."


Kesimpulannya,

Betapa bahayanya MENIPU walaupun hanya bergurau inikan pula memfitnah... Janganlah kerana salah sangka kita, kita memfitnah dan sekaligus menipu... Kerana kata-kata adalah sangat berkuasa... Ingatlah!

Tuesday, 20 December 2011

Trip to Taiwan 4~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Episod akhir~

Pemalas jugak aku ni nak update blog... Cerita trip to Taiwan ni je dah  drag lama tp takde kesudahannya... Oleh itu, disini, hari ini aku buat ending of this Taiwan Trip..

Last day of the conference was our last day in Kenting. We checkout from hotel around 3p.m then we straight away to Kaohsiung train station. We went back to Taipei by hi-speed train. Tak larat dah nak naik bus... Only took 1h30min..Dah sampei =D...

 Hi-speed Train with minah berselipar akibat takut lenjun dek hujan..Tp tak hujan rupenye dat day. 


 Sempat soping lagi

 After dinner , kami balik ke motel/hostel tempat yang sama kami stay.. without Japanese girl... just 3 of us.. seb bek~




Esoknye kami teruskan perjalanan kami ke NTU..Melawat salah satu universiti yang terhebat di Taiwan...


 Student diorg sempoi je naik basikal..Kt je naik kete bagai..Tp cuaca kt sana tak panas terik sesuai la naik beskal cam gini...Jimat-jimat~

 Around the University


 Bergambar bersama Prof Chen 

 Prof Chen belanja makan... Bagus betul ! Even we just came to visit, but they gave us a very warm welcome.
 Satu-satunya masjid yang akhirnya kami jumpe dan solat disitu... 


Lepas solat, kami berjalan ke 101 tower


Lebih kurang pukul 5p.m camtu kami sampai ... This 101 tower is the 2nd highest tower after burj Khalifah in Dubai... So, dapatla bergambar dr jauh... Tak naik pun. Dengar cerita kalau naik just few second dah sampai.. Guna lift la of coz, kalau gune tangga tak tau la sampai tak... Die ada 101 tingkat tak ter masuk 5 tingkat Basement.


Pas jalan2 , shopping buah tangan untuk rakan2 dan saudara mara. Kami mkn kt Halal Restoran and went back to Motel pick up our stuff and nek flight kul 11 mlm... sampai kul 4.30 a.m @ LCCT... TadAAAA~ abis gak cerite aku...Finally finished!

Wednesday, 14 December 2011

Trip to Taiwan 3~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Episod 3~

21/11/2011 (Day 4)

Bermulanya hari yang di nanti-nanti... 1st day of conference. Orang-orang yang terlibat pada hari tersebut ialah aku, cik jah, our group leader and bf suraya.. pagi-pagi tu kena dengar 'keynote speaker' present dulu...Pastu kami present... This conference is better than Harbin.. Yang datang terer-terer... Rase kagum dgn dorg sume.. Tp sume dah pangkat datuk-datuk kot.. Dah bercucu cicit dah agaknye..Ilmu diorg tak usah lah nak kate.. rase kerdiil je ilmu aku nie..

 1 of the keynote speakers

Oleh sebab aku present sama masa dgn cik jah and yang lain pun bizi mendengar presentation yang lain...Maka takde lah gambar aku and cik jah ....=(

Sesi petang plak our group leader and bf suraya...


Aku present kt Restoran... Haha... Org lain semua kat bilik seminar/hall aku je satu2nya from UM kt restoran.. 
 Yeahhhhhhhhhhhh!!!!!! 4 org dah settle.. Lega rasenye...Terus feeling berubah..Rasa enjoy! Malam tu kitorg ingat nak cari mkn tempat best...Tp hampa...Last2 mkn kt 7e je~
 Bincang nak makan kt mana

After dinner meggi, kitorg pergi kat pusat hiburan kat hotel tu jugak... Bowling pon ade.. Oleh sbb deme nie agaknye asik study je tak penah berkinjung ke tempat-tempat cam gini. Aku pun ajaklah deme main.. Aku je rupenye yang men bende alah nie... haha... E2 pun sbb aktiviti sampingan dgn my KYPAS... tetibe teringat kt KYPAS... So, dorg sgt enjoyla 1st time men2... Fun sgt aku rase sbb dorg excited...haha.. So, aku ajak dorg men our fav. games~

BAsket BALL
pasukan lawan : myRa and bf suraya

 Pasukan BEST : Aku and handsome boy

 pesaingan tak sengit langsug..haha (93-68)

 Winner vs Loser 

Game nie aku tau men je, name tak tau ... Tp kt Taiwan lg BEST oOOooo... Lg mencabar....
 Aku geng plak dgn bf Suraya... Kitorg menang gak.. LOL

 Lawan dgn ijah and MR. Handsome

 2nd round Cik pon + myRA + group leader plak merase... Still Group bf suraya menang~

After penat bermain... kami pun berehat2 kat port favourite... tempat angin kuat sambil meninkmati permandangan pool yang indah......


22/11/2011 (Day 5)

2nd day of conference.. mcm biase bgun awal pagi2 dgar keynote speakers bg talk... Hari nie Mr. Handsome plak present tp tak dapat nak tgkp gambar MR. Handsome kt gak... huhu~ Lunch time cik Pon present his poster.. kene jaga tempat takot2 juri tanye soklan ke... Act. Poster nie ade pertandingan... So, ade rezeki bleh la menang.. After Lunch kami bersiap-siap untuk pergi brjalan-jalan (part yang paling best... huhu...) Diorg organized for us Free Tour.. So, jalan2 percume lah jawabnye melihat permandangan Kenting... Mmg seronok sgt... Alhamdulillah diberi peluang melihat negara org yang tak mungkin kt dapat tgok di negara sendiri.. Tp takpe, kt tgok kt sini eh.....

 Lunch 1st

 Vegi Lunch Set

 Naik Bus jalan jalan,,, Ade kitorang and 3 others

 1st location menikmati permandangan tepi pantai tangkap-tangkap gamba

 Our tourist guide from the committees members  


Then we went to the next location... The light house..
 Mak cik juai2 barang~

 Picture of ours in front of light house

Pastu kami teruskan perjalanan kami menuju ke Pacific ocean. Pasific ocean betul2 berada dihadapan kami..
 Next to Taiwan bridge..Tak ingatlah nama bridge nie..So just jalan merentasi muara ni and patah balik..
 Finally, tempat yang paling BEST.. bg aku best la... kawasan ini merupakan kawasan yang ada api keluar naturally from the ground... And its happen continuously ... Tp kalau hujan tu terpadam la..Ikut cuaca jugak...

Oklah, lepas dah penat mengembara ke Kenting, kitorang balik and bersiap untuk dinner malam tu... Mcm Closing ceremony la lebih kurang... Mkn-mkn...Taklah mkn meggi aje... 

 Our group~
 Dance perfomance
 Mr. Chairperson and wife
 Cik Pon dapat 1st prize... Alhamdulillah
Picture taken with Sensei Mishumura

Malam tu tidur dengan nyenyaknye,,,, Malam tu tidur siap mimpi-mimpi lg... Dat mite was the1st time dpt tdo nyenyak kt Taiwan=)
 K, Bye~ Pls do enjoy

Thursday, 1 December 2011

Trip to Taiwan 2~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Episod 2~

20/11/2011 (Day 3)

Kami sampai ke Kaohsiung pada pukul 4 pagi. Muka semua orang berpisat2 dan mengantuk.. Ingatkan berhenti kat bus stand ke stesen bus ke.. They drop us kt tepi jalan... huhu..Tp org sini mmg baik2.. Org bus tu tunggu kitorg sampai teksi dtg =)

Menunggu ketibaan pakcik teksi ke Hotel..Pagi-pagi buta sampai dan cuaca sgtlah sejuk~

Beberapa minit menanti, teksi pun sampai dan bawa kami ke destinasi yang seterusnya.. Hampir 2 jam juga lah nak sampai...Sempat tidur skali lg..hehe...Tp pakcik teksi ni baik hati juga singgah ke sebuah restoran untuk kami breakfast..Of coz vegi restoran.... Act. tempat breakfast tu tak jauh pun dr hotel yang kami bakal menginap.

 Masing-masing muka kepenatan 

Vegetable sandwich

Haaa~ Ni yang menarik aku nak cerita..Pengalaman hidup ku dan lain2...hehe... Sampai di hotel lebih kurang 7pagi.. Our group leader terus menuju ke kaunter pertanyaan bertanyakan berkenaan bilik kami.. Dan kami diberitahu bahawa hanya boleh check in pukul 3 ptg... Bayangkanlah 1 hari tak mandi kene tunggu plak kul 3. Tp our group leader tidak berputus asa... Mintak jasa baik kakak cantek yang bekerja disitu agar kami dapat check in lebih awal... Oleh sbb org kat sini mmg baik2...dapatla 12.30 pm camtu... Alhamdulillahhhh~ tp still have 5 hours to go...(blurgh). Kami pun mengambil keputusan ke POOL hotel tersebut..MMG pilihan yang tepat!

 Permandangan di sini memang tenang dan nyaman~

Pemilihan yang tepat berdasarkan tempat lepak yang cukup untuk kami semua..haha~ Malah lebih dari cukup... Mmg muka malu tolak tepi.. Kami sambung tidur kt sini...haha

Masing-masing mengambil port masing-masing~

Muke yang keletihan dan tak mandi..huhu

Permandangan di kawasan sekitar dari swimming pool hotel

Pokok nie menunjukkan kadar angin yang sangat kuat pada waktu ini.. Cuaca kt sini tak hujan tp angin bertiup sgt kuat + cuaca yg dingin

Sesi bergambar... Kitorg datang terlalu awal sampaikan pool pun baru nak dibersihkan.. Agaknye org kerja kt situ pun heran tgok kitorg~ =D

Leader and myRa kesejukan... Pokok kt belakang tu melambai2 je....

Kami dapat bertahan tak sampai 2 jam..haha~ Angin kuat sgt, kaki tgn sume dah membeku kesejukan.. Akhirnye give-up. Lepak dalam hotel.. Jalan-jalan meneroka kawasan..Kawasan Hotel ni mmg sgt besar la...Mcm-mcm ada... Tempat hiburan keluarga, men bowling, taman tema mcm kt sunway lagoon pun ade...Mmg dasyat betul..Kt KL mmg tak mampulah nak duk hotel cmni.. Kt sini mata wang diorg pun rendah.. Dapatla merase...

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, kami tinggalkan MR Handsome and Bf Suraya ke bilik seminar sbb diorg daftar short course.. Yg kami ber 5 malas nak amek short course makanye kitorg menghabiskan masa berjalan-jalan di luar kawasan hotel pula... Permandangan di Kenting ni mmg sgt best sbb kawasan pantai.







Kami berlima berjalan mencari kedai nak lunch tetapi hampa.. Akhirnye 7eleven juge menjadi tempat biase untuk beli megi ~ Dah pukul 12.30 kembali ke hotel, still tak boleh check in lg='( Bilik tak siap lg...Pukul 1.30 pm baru boleh masuk tp kami diberi kupon percume..dapatla minum jus sambil menanti...Dapat je bilik kami pun zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz~ Malam tu pergi 7e beli megi lg...sgt sedih...Seharian mkn megi...Tp itu lah pengalaman~ 

Ini bilik kami...sgt selesa~ alhamdulillah, setelah berpenat bermusafir, akhirnya dapat bilik yang sgt selesa~

Ok, to be continue again..............daaaaaaaa =D