Monday, 11 July 2011

Bukan senang nak jd pemimpin~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''



Bukan senang nak menjadi seorang pemimpin..Kesabaran yang kuat perlu ada pada seseorang pemimpin.. Nak jadi pemimpin keluarga yang kecik-kecik pun susah inikan pula pemimpin-pemimpin yg besar-besar... Kadang-kadang susah juga memikul tanggungjwb sebagai pemimpin.. Mesti ada sahaja yg tidak puas hati dgn sesebuah kepimpinan.. 


Tetapi ketahui lah : 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

                                                                                          Dan.....
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamuberlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (Qs : 4:59)

sempena:BERSIH 2011




Wednesday, 29 June 2011

Kenapa perlu berubah?~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

'Kenapa perlu berubah sedangkan ini adalah cara aku...'
 'Buat pe nak berubah? Aku tak nak jadi hipokrit... '
'Sy adalah sy...Buat ape sy nak jd orang lain?'
'Buat pe nak ikut cakap die? Dia tu macam la betul sgt'

Perkataan-perkataan ini sering di ungkapkan oleh org kan... Mmg sering terjd. Kita sering takkan dapat mengubah diri kita selain timbul kesedaran. Tetapi percayalah kt boleh berubah.... Cewah....

Kenapa orang tak nak berubah kepada yg lebih baik?

1) Ego....
2) Terasa diri sudah cukup baik 
3) Mmg tak bleh dgr cakap org lain
4) Malas la......

Manusia biasela mcm2 perangai... Tp kalau nmpak tak baik di mata kt, kt rase nak mrh je kan.... kan kan kan.. Esp bile dah selalu benda tu berlaku di depan mata kt.. Maka... Apa yg kita perlu lakukan utk mengelak kan perasaan uneasy kt?

PERTAMA : TEGURAN SECARA LEMBUT
-Haaa, ini mmg susah sikit... Mmg susah tp jdkan mudah =) 
1st, niat kite hendak menegur org tu biarlah betul....nak tegur hendaklah betul dan bertempat...

**Jika kwn kite yg rapat, mungkin lebih senanglah kt menegur beliau dgn lembut esp die dah knl kt.. Selitkan lah unsur2 lucu dan mencuit hati dlm teguran anda... 

**Jika ibu bapa,guru/makcik2, nyatakan bahawa mereka betul dahulu (kerana org lebih tua mmg betul je) dan selitkan 
'tp kan lebih elok........sambungla ayat yg rs mmg betul shj ye'

** Jika seseorang yg mmg tak sukakan kita.... Tak perlulah di tegur krn teguran e2 akan disalah tafsir dan membawa persengketaan.. Lebih baik jauhkan diri (jika menyakitkan hati) dan berdoa agar beliau diberikan petunjuk.. 

KEDUA : JIKA TAK BERUBAH

** Bagaimana nie? Masih tak berubah... MAKA! jgnla anda berduka cita.... Andalah yg perlu berubah... yeyeh.... Betapa payahnye beliau hendak berubah... Andalah kne berubah.......dgn menerima cara mereka seadanya.....=)

KETIGA: JIKA DIE NMPAK PERUBAHAN PD ANDA IALLAH MEREKA AKAN BERUBAH
simple kan =)


ADAB KETIKA MENEGUR by saiya a.k.a me

1) Hendaklah berlaku antara anda dan dia shj.. Jgn melibatkan ramai org.. Ini dapat menutup aib seseorang dan penerimaan seseorg itu lebih senang.

2) Jika si kene tegur naik angin dgn teguran anda. Anda jgn la naik angin balik walau pun teguran anda betul.. lebih baik diam. Kerana kdg2 manusia biasela, bl kne tegur mudah naik marah... Dan hendaklah kamu meminta maaf kerana telah membuat kwn anda terasa hati walau pun teguran anda benar sekalipun...

3) Bila anda dah mintak maaf, mungkin lembut hati seseorg itu utk berubah... Bukan senang nak berubah tp bg peluang mereka berubah perlahan2.. Jgnlah kt asik mengkritik mereka... 

Ok, sy pun manusia yg lemah tp hendak berkongsi... 
'Wa kongsi, lu tak sangsi-sangsi lagi'


Marilah sy kongsikan sedikit petikan buku berjudul 'ABU BAKAR' yg sy pinjam drpd seorg kenalan rapat...

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Abu Bakar as-Sidiq bertemu kenalannya bernama Rabi'ah al-Aslami. " Wahai Rabiah, marilah kita menyeru orang ramai menjadi pengikut Muhammad"

" Wahai Abu Bakar, sy tidak punya keberanian spt kamu. Saya lebih suka menyembunyikannya drpd pengetahuan orang ramai," jawab Rabi'ah mengecewakan  Abu Bakar.

"Kamu lelaki paling pengecut. Tidak layak bersahabat dengan saya!" kata Abu Bakar as-Siddiq

Rabi'ah berasa sedih mendengar kata2 itu lalu menangis.Tiba2 Abu Bakar as-Sidiq rasa bersalah kerana mengeluarkan kata2 yg tidak sepatutnya di ucapkan kepada Rabi'ah.

(kerana terlalu panjang sy pendekkan ye)

Akibat rase bersalah , Abu Bakar menyuruh Rabi'ah menghukumnya dgn hukuman qisas..Yakni dengan mengeluarkan kata2 yg kesat kembali kepada beliau.. 

jawab Rabi'ah "Sy tidak akan melakukannya kerana kamu adalah sahabat sy"

Bertambah sedihlah hati Abu Bakar mendengarnya. Lalu Abu Bakar mengajak Rabi'ah pergi berjumpa Rasulullah s.a.w utk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila berjumpa dgn Rasulullah, Abu Bakar pun menceritakan apa yg berlaku.....

Maka, Rasulullah pun menasihatkan kepada Rabi'ah "Janganlah kamu balas tetapi katakanlah, sebenarnya Allah sudah mengampuni kamu wahai Abu Bakar,"

Rabi'ah pun mengucapkan perkara yg sama kpd Abu Bakar.. Barulah senang hati Abu Bakar as-Sidiq. Dan persahabatan antara mereka semakin erat....

Begitulah cerita di zaman rasulullah yg ingin sy kongsikan bersama. Marilah kita sama2 mengambil ikhtibar. Jgnlah kita asik nak marah je ye=) Pengajaran utk sy juge yg tak lari drpd sifat amarah
 (syaitan la ni bisik2 kt telinge) =)

Wednesday, 8 June 2011

Akhir zaman dugaannya hebat~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sudah lama tak berbelog secara ilmiah. Kerana agak sibuk hal-hal kejayaan duniawi. Oleh kerana melihat insan-insan disekeliling byk yg menjalani hidup dgn tekanan.. Mari kt singkap tujuan hidup kt supaya kt tak stress sgt ye =)

Mari sy kongsi sedikit apa yg ade didalam diari sy.. Wat????? Sy ade diari? hehe.. name pun diari, makanya tersembunyi dlm peti besi~

Lets have a peek!


Tak semestinya kite menjadi guru utk menyebar ilmu. Tak semestinya kita menjd ustaz atau ustazah utk menyebar ilmu agama. Apa yg kt tahu kt curahkan kpd ibu bapa, adik beradik, kwn2, manusia sejagat. Kt dah mencapai matlamat yg sama seperti seorang guru..

Sama juge hidup ini... Tak semestinya tidak mjd doktor, engineer, arkitek kt seorang yg gagal....

Teringat aku ketika waktu masuk U. Aku tidak suka dgn kehidupan aku.. Apa yg aku inginkan berbeza. Tp seorang hamba Allah menyatakan hanya 1 ayat buat ku yg buatkan aku sedar... Beliau menyatakan bahawa mungkin ada hikmah disebaliknya yg kt sendiri tak tau. Semuanya terbaik utk kt. Aku pegang benda tu kuat2...

Bila aku dah besar sikit ini baru aku sedar. Kt hidup didunia ini bukan mengikut kehendak kita. Tetapi apa yg ditentukan untuk kita dan cara kita menjalaninya dgn berlandaskan 1 pegangan hidup. Hanya 1.. Yakni kenapa kita dihidupkan didunia ini? Mengapa kita dijadikan didunia ini? Jika kt sedar iAllah kt akan tenang..

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Tetapi tidak dinafikan dugaan di akhir zaman ini sangatlah hebat. Kenapa?? Kerana manusia terlalu mengejar pangkat, kehendak melampaui kemampuan, terlalu takut 'APA ORANG KATA'.. Sebenarnya manusia terlalu takut 'APA ORG KATA'.. Hidupla bersederhana iAllah hidup akan diberkati...

Aku juga sebenarnye tak tercapai lagi target2 di atas. Kenapa? Kerana ada halangan2 yg hebat2 menghalang.. Dan aku juga ada list out halangan2 tersebut yg manusia kini sering berhadapan dgnnya... Boleh je nak kongsikan bersama. Tp next entry lah yer.. Selamat beramal~ tata titi tutu =)

Lg 1, kite jgn terlalu memikirkan apa yg akan jd selepas ini. Kerana kt tak kan tahu apa yg di tentukanNYA. Orang sekarang mmg terlalu memikir termasuk aku. Just merancang tetapi Allah yg menentukan. Do all ur best in your life ya asalkan 1 tujuan.. iAllah. Hope entry kali ini memberi 1000000000000000000000 kebaikan kpd semueeee=)

















































Wednesday, 1 June 2011

HariIni~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

HariIniSayaInginMenulisBelogHanyaKepadaInsan-InsanYangSangatPenyabarSepertiSaya.
AdakahAndaSeorangYangSabarJikaYa,PastiAndaAkanMembacaHasilTulisanSayaSampaiKePenghujungnya=)
BaiklahSampaiDisiniSahajaPenulisanSaya.Sekian.SalamSayangDarpSayaYangDikejauhan...........

Peace=)

Sunday, 29 May 2011

Kwn sy cantek ~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Dah lama nak cite ni.. Tp tak tercerita..Hari ini sambil tgok final mentor, laptop pun dah depan mata... Tulis la sikit belog yg dah lama tak berusik... Dimulakan dgn bismillah pembuka bicara....

Saya ada kawan cantek... Sgt cantek...Bg sy, dimata sy beliau kwn sy yg plg cantek =)

Berkenalan bermula waktu sekolah rendah lg... Si cantek manis putih melepak seperti kacukan tetapi tetap berwajah melayu, tinggi lampai, bijak bistari, pemalu tetapi tetap bersederhana dan merendah diri... Beliau sgt cantek tetapi pemalu+clumzy sikkit.. tp tu dulu la tyme sekolah rendah... Pakai tudung pun ke depan... Walau pun cantek,tetapi menutup kecantikan dgn memakai tudung selebet2..haha... Nak cakap lemah lembut tak jugak tp sopan la... Tp mmg pemalu sgt... Sama geng dgn aku, pemalu..haha (asal aku?)

Nak dijadikan cerita,punye la pemalu and low profile... Suatu hari,die msuk pertandingan.. Tu pun sbb kwn die yg ajak...Sekali menang....Sesape yg menang kene amek hadiah kt depan la kan.Die punye la terkejut dan gelabah.....Dengan tudung kedepannye,muka tunduk, jln lajuuuuuuuuuuuuu sgt amek hadiah...haha.. Mcm kartun... Org len mesti tak mcm die...Cantek tp pemalu sgt.....sbb tu aku suke die..Opps~

Dah lame aku cari die..Kt FB takde sume takde... Suatu hari tu, aku pergi shopping kt care4 kaw umah aku... Sekali aku tersempak dgn die... aku terkesima..Mata tak lepas memandang si dia... Aku bolehje nak tegur die tp masalahnye aku tak bolehhhhh!!!!!!! Aku terlalu nerbes nak tegur die...

Suatu malam... tet tet tet... Die msg akuuuuu....... Hepi gile perasaan ini owhhhh~ Akhirnye persahabatan tak terputus di sini.. Dan aku dah dapat add FB die.... Dan dah boleh nak tgok die selalu =)

p/s: Die sama seperti dulu tetap santekkkkkkkk semakin santekkkk tak tak sama seperti dulu masih cantek...Takde perubahan tetap sgt santekkkk... Subhanallah~ 

Ya Allah semoga Kau perelok kan sifat dan akhlaknya sepertimana paras rupanya..Amin~


Aiyok....terlupe lg =O

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Hari ini bertarikh sekian sekian.... pukul 10p.m baru aku perasan.... Aku terlupe!!!!!!!!!! aha. Penteng sgt ke nk kene ingat? Tak la penteng tp penteng la jugak..Kenapa penteng? Sbb kalau ingat, mcm best la.. Tp kalau lupe mcm nie???????? Takde la rase tak best sbb lupe tp rase bersyukur...hihi.. Alhamdulillah..... 


p/s : AWAKKKKKKKKKKKK LUPEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!! kt lupe......Asik lupe je kt nie... haha =D

Kepada berkenaan : Selamat menyambut bulan MEI~

Sunday, 22 May 2011

Maksud di dalam bacaan solat~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Izinkan saya imbas sedikit post yang sebulum ini.. Iaitu tentang  video kusyuk solat yang dibentangkan oleh Aa Gym. Berdasarkan daripada ucapan beliau kusyuk solat itu sgt penting. Dan untuk mendapatkan kekusyukan di dlm solat adalah penting untuk mengetahui makna disebalik bacaan kita. Disini iAllah sy akan berkongsi sedikit 'sumthing' lebih2 lg kepada insan2 yang sy sygi.. Pembaca yang membaca blog ini pun of coz org-org yg plg dekat di hati ;). Yang jauh pun boleh jugee sama-sama mengambil manfaat drpdnya... Hari ini sy ingin kongsikan maksud2 didlm solat yg kita kerjakan.. Mungkin ada yang tahu, ade yg masih tidak tahu..Ade juga yg mungkin sudah lupa...Jd sama2 lah kita, apabila solat, titipkan didlm hati maksud2nya.. Kita mungkin lemah berbahasa arab tetapi tidak semestinya terus lemah memahami ayat2 Allah =)


1. Takbir 


Maksudnya
Allah Maha Besar

2. Doa Iftitah


 

Maksudnya :
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam 
aku
bukan
dari
golongan
orang



3. Al Fatihah


Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam


Maksudnya : 
Dengan nama Allah yang maha pengasih penyayang

Segala puji-pujian bagi allah tuhan semesta alam. Yang bersifat pengasih penyayang. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Akan Engkau sahaja Tuhan yang kami sembah , dan hanya Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan. Tujukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  


4. Ruku'


Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-Nya

5. Iktidal


Maksudnya:
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

6.Sujud 


Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang maha tinggi dengan sifat kepujian-Nya


7. Duduk diantara dua sujud 


Maksudnya:
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezki, dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

8. Tahyat awal


Maksudnya:
Segala ucapan selamat yang berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahwa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkan lah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.


9. Tahyat akhir



Maksudnya:
Segala ucapan selamat yang berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahwa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkan lah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.



p/s : Betapa indahnya bacaan di dalam solat kita =)