Sunday 10 April 2011

Kucupan Pertama~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Diharap, entry kali ini dapat menberi sedikit sebayak pengajaran buat semua.~

Aku hanya manusia biasa yg bisa melakukan kesilapan.... Punca kesilapan mungkin berbeda-beda..... Mungkin punca drpd kita sendiri mahupun org lain.. Tetapi yg melakukannya tetap manusia....

Aku seorg yg pendiam sedari dulu... Dengan keadaan aku yg halus tulus mulus, aku kelihatan bermuka suci lg bersih..... Aku tiada apa2 selain ibu bapaku...Aku waktu itu tiada berpendidikan lagi... Belajar pun, basic2 je.... Dengan berpewatakan pendiam aku melangkah ke alam yg berbeda dari dahulu.. Aku di tawarkan ke institusi yg lebih baik daripada sekarang...syukur, dengan wang ibu bapa, aku dapat melangkah ke alam ini... budak2 lain tidak semua berpeluang seperti aku.. Aku bersyukur dgn rahmatNYA.....

Aku menggunakan peluang yang ade untuk belajar bersungguh-sungguh... Aku aktif sana... aku aktif sini..... Aku menjadi student yang sgt di kenali pada waktu itu.... Aku masuk macam2 aktiviti... nyanyian, lakonan, bah kan tarian juga... Aku sanggat di kasihi guru-guru kerana, bagi mereka akulah satu-satunya student harapan di situ.. yang lain memang tak leh nak harap sangat... Bukan tak boleh, tapi boleh la sikit2... Cakap cikgu pun masing-masing tak paham... Aku pun tak paham sgt tp aku buat2 paham je... Aku kan pendiam...

Nak di jadikan cerita, aku mula popular di sana. Aku tak sedar pun aku popular.... Tetapi sejak kepopulaan aku ini lah.. Aku mula memasuki titik hitam kehidupan ku... Sukar untuk aku luahkan tetapi aku gagahkan jua untuk berkongsi pengalaman hidup ku...

Suatu hari yang hening, aku melakukan aktiviti kelas seperti biase bersama rakan-rakan ku.... aku kusyuk melakukannya sehingga tidak perasan akan keadaan orang di sekelilingku. Sedang aku asyik enak beraktiviti kelas, tiba-tiba muncul seorg student berlainan jantina mendekati ku. Dia datang lalu menkucupi ku.. Aku tersentak, aku terdiam. Aku blurrrrrrrrrrrrrrr... 'Kenapa???????????' Aku menjerit di dalam hati.....Aku memandang student tersebut dgn pandangan yang sinis lagi menjijik kan. Hilang sudah kesucian ku selama ini aku jaga rapi. Hanya kedua ibu bapa ku sahaja yang boleh menyentuhku. Hati ku meronta-ronta. Pada saat itu, aku hanya berdiam diri. Hati ku menjerit perih.

Aku memang pendiam, tetapi tidak bermakna aku hanya berdiam.... Aku ingin membalas dendam atas perbuatan nya.. Aku tak kira...

Dalam fikiran ku, aku ingin saja mengadu kepada pihak berkuasa. Biar di hantar sahaja student tersebut pd pihak berkuasa agar di hukum.. Tetapi aku masih punya perasaan simpati... Aku tak nak lah plak nnti gelapkan masa depan die. Malukan ibu bapa die atas kesilapan anak mereka. Lg pun die baru sahaja melangkah ke peringkat paling awal persekolahan. Kalau di tadika lagi dah di buang, macam mana nak melangkah ke alam sekolah rendah? Kesian pulak aku... TP, aku tetap ingin membalas dendam dengan cara ku. baru aku puas hati..

Aku, tanpa berfikir panjang, aku berlari kepadanya. Ingin ku lempang, ingin ku sepak terajang, ingin ku duku kepala die. Tp itu semua bukan di pikiran ku... Pd waktu itu, aku hanya PK, perbuatan yang jahat di balas jahat....Lari punya lari, aku berada di hadapan nya, betul-betul dihadapannya..... aku mula bertindak

"MUUUUUAAAAAAAAAAAAHHHHH"

Aku membalas kucupannya.........Puas hati aku!!!! dalam hati aku, aku puas dapat balas perbuatan tersebut... Tp yang aku herannye, si die tidak marah atau bengang dengan aku..... Tetapi die tersengih2 lagi ade la... Ah, lantak la, asalkan aku dah balas balik perbuatan kau....HAHAHAHA (aku gelakk jahat)...


Kejadian itu tidak terhenti di situ.... Aku jadi tidak keruan... Aku buntu...  Waktu itu aku pun baru 6 thn.. Yang aku boleh tanye pun mak ayah aku. Aku bertanya kepada mereka....

Aku :            Mama, tak pe ke lelaki dan perempuan kiss-kiss?
Mak aku :     Uishhhhhhhhhhhhh, BerDOSA BESAR! (Suara tegas)
  
Aku mula cuak....Tp buat2 cool je. Buat2 tak bersalah...... Mak aku pun tak aspect la budak kecik buat macam tu kan... Tgok TV kot (agaknye la mak aku PK cmtu)

Aku tanye lg...

Aku : Abis tu kalau dah terlakukan ape yg perlu kt buat?
Mak aku : Kita berdoalah supaya diampunkan dosa-dosa kita yg telah lalu.....

Sejak pada itu, aku dah mula kumpul duit emas aku siang malam pagi petang.... Agar Allah ampunkan dosa-dosaku....... Tp mak aku lupe nak bgtau yg budak2 kecik terhindar dr dosa. Tp tak ape lah kan....


Moral of the story
'Janganlah kita mambalas kejahatan dengan kejahatan. Sesungguhnye, jika kita nampak buruk org yg melakukan kejahatan, sama buruklah kita jika melakukan perkara yang sama. Cubalah balas sesuatu kejahatan itu dengan kebaikan. IALLAH~

5 comments:

  1. tharu sy membace kisah awak nie..amat menarik..xsabar nk tgu next entry.

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara... nntkan ye...iAllah.. Jgn lupa follow~

    ReplyDelete
  3. saya tahu awak pendatang baru dalam arena blogger ini. saya ingin mengucapkan selamat datang kepada awak! ye. selamat datang!! tetapi jangan pula awak lupe, arena membelog ini adalah penuh dengan ranjau dan duri. menjadi anak belog adalah kehidupan yang paling mencabar dalam banyak2 kehidupan. tak apa. awak masih ada banyak masa utk poikirkan demi mse depan yang gemilang. fikirkan demi mse depan awak, boifren awak (ehem), bakal anak2 awak, bakal in laws awak, bakal jiran awak, bakal boss awak dan bakal tauke tuti frutti seantero batu pahat-kluang-muar (sayelah tu!! ;D). Ok, kalau awak dah habis pikir, sila pikirkan entry slepas ni. make sure kelakar! kihkihkih ;)))

    yug benar;
    pembaca senyap.

    ReplyDelete
  4. HAjar B : Sy sudah bersuci... Sy sudah suci kembali =)

    Pembaca senyap : Lebih baik awk senyap je =D keh keh keh... Terima kasih atas nasihat pembaca senyap.....Sy akan buat yg terbaik utk negara.....Pembaca senyap tak nak follow ke?

    ReplyDelete