Thursday 12 April 2012

Rukun bacaan Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sambungan daripada entry sebelum ini... Hari ni nak sentuh sedikit tentang Rukun bacaan Al-Quran. Seperti Rukun2 yang lain seperti Rukun solat dan nikah... Rukun ni adalah perkara-perkara yang mesti dilakukan... Seperti solat, jika tertinggal salah satu rukun maka tak sah lah solat kita... Ada TIGA rukun bacaan Al-Quran :

1. Berguru dengan guru yang mempunyai sah sanad... Ape itu sanad? Sanad bermaksud sandaran.. Ini bermakna kita mempelajari al-Quran yang bersambung kepada bacaan Rasulullah s.a.w. Sanad ni sangat penting kerana bacaan al-Quran adalah sunah yang mesti diikut.. Bacaannya haruslah tepat seperti ajaran Rasulullah yang telah diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail.. So, kalau ustaz tu ada sanad, beliau akan ada carta aliran pengajiannya bermula dengan Rasulullah sampai lah nama tok guru dia dan nama dia..  So, bukan senang-senang nak dapat sanad ni.. Oleh yang demikian, berguru lah kita tatkala ingin membaca al-quran.. Mungkin kita rasa bacaan kita dah betul tetapi kita tetap perlu berguru...

2. Hendaklah kita membaca dengan bacaan sebutan Arab... Kalau tau berbahasa arab atau basic arab adalah digalakkan.. Jangan pula kita baca dalam sebutan melayu pulak.. Practice make perfect.. Mula-mula mungkin kita boleh baca dengan kelajuan yang perlahan.. Semua org bole membaca dengan laju tetapi yang penting bacaan dan sebutan yang tepat.. Itu yang sangat dituntut2 keh?

3. Membaca al-Quran menggunakan Rasm Uthmaniy.. Terdapat 2 jenis al-quran. Rasm Uthmaniy dan Rasm Al-Imla'i... Rasm Uthmaniy ni adalah al-quran yang ayatnya diturunkan kepada RAsulullah dan telah ditulis oleh Saidina Uthman. Dan penyampaian adalah secara terus daripada RAsulullah... Terdapat perbezaan tulisan diantara kedua-dua jenis RAsm ni... Penulisan Rasm Uthmaniy adalah lebih tepat terutama apabila masuk hukum2 tajwid.

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian ilmu daripada saya. kalu dapat yang lain, nnt akan di hupdate terus kepada kalian... Selamat membaca. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menjadikan kita manusia yang lebih berilmu dan menjadi lebih baik.... iAllah~

Monday 9 April 2012

Sharing is caring~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

HAri ini mulakan hari dengan penuh ketenangan dan kesyukuran... Mengenal sedikit hukum-hukum mudah yang kita sendiri tak tau maupun lupe... Moh ler kite ----------------------->

Hari nie aku nak bgtau sikit hukum-hukum berkenaan dengan al-quran. Urmm, mcm biasa pendek dan ringkas je... Ini pun aku dapat drpd seorg ustaz lah ~ pendek tp menarik :

Q :Apakah hukum mempelajari ilmu tajwid ?  ( sapa buleh jwb???)
A :Hukumnya adalah fardhu kifayah....
Q : Apakah itu fardhu kifayah?
A : Fardhu itu adalah wajib.... Tetapi fardhu kifayah itu , apabila segelintir manusia melakukannya, sebahagian daripadanya terlepas daripada dosa. In a short termnya, org lain buat, kt tak payah or kt buat , org lain tak payah....

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran dengan bacaan tajwid yang betul?
A : Hukumnya adalah fardhu Ain
Q: Apakah itu fardhu Ain?
A:  Fardhu sekali lagi adalah wajib.... Fardhu Ain adalah wajib bagi individu itu sendiri.. Maka kita perlu dan org lain pun perlu membaca al-quran dengan betul...

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran?
A: Hukumnya sunat
Q: Apakah erti sunat?
A: Sunat bererti buat dapat pahala tak buat tak dapat apa2.... Tp ustaz nie guna pendekatan lain sikit lah... Buat dapat pahala, tak buat rugi! (hehe)

Marilah membaca al-quran dengan sebutan dan tajwid yang betul... Kepada yang tidak tau membaca atau slow tidak mengapa kerana setiap pahala kesukaran bacaan kita itu semuanya dikira....Dan jika yang tak tau betul atau salah bacaannya tidak terlambat untuk kita berguru.... Apabila kita berguru, kita lebih yakin bahawa bacaan kita adalah betul... IALLAH~

p/s : Ada byk juga ustaz2 yang tidak ambil upah pun mengajar tetapi tiada siapa yang ingin belajar akibat kekangan masa dan sebagainya... Maka, pandai2 lah kita membahagikan masa.. Kalau dah pandai nnt boleh lah ajar anak2 kita bacaan yang tepat seawal usia kecil lg =) 

Saturday 31 March 2012

Cinta Bersatu~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Hanya engkau saja yang tulus mengerti aku, terima apa adaku~ cewah~



Friday 30 March 2012

Hormati sesama manusia~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tak ada idea nak tulis apa sbb bila semangat berkobar-kobar nak share bahan, mesti tgh drive ke, kt kedai ke, tgh cat rumah ke, tgh gosok gigi ke... Op coz lah lappito takde kt depan mata... Skg ni, time mengantuk plak la kan nak hupdate belog.. 

Hurm, sambil dgar era kt lappito ni... Layan jgk lagu2 sekarang ni.. byk best2~ Tp sekarang tgh layan lagu lama~ Ape ntah la tajuk die... Saleem nyanyi... 

Ok , back to our topic... Respect!

Hormati sesiapa sahaja tidak kira tua mahupun yang muda daripada kita.... Tak kira berpangkat tinggi atau pun rendah... Kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing... Even ape jua pekerjaan orang tu... Jangan kita memandang rendah kerana setiap apa jua pekerjaan yang dilakukan ada sumbangannya kepada bangsa, agama dan negara. Ok?

Tp aku rasa budak2 sekarang nie pun ramai yang tau menghormati, mereka tidak mengira pekerjaan seseorang tu semata-mata... Budak2 pun dah pandai menilai.. Diorg sume bijak pandai zaman2 lani. Yelah, nak dengar ceramah pun online je.. Ilmu tersebar luas dengan mudahnya.... Semoga dengan teknologi-teknologi terkini budak2 kita lebih menggunakannya ke arah kebaikan... Nak dapat maklumat pembelajaran pun senang....

Mata dah mengantuk lah pulak...... zzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzz nytenite~

p/s: Dgar lagu yuna sat b4 sleep~~~~~~~~~~~~~~~~~ lalalalalalalalalala~

Thursday 22 March 2012

Friendster???????~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Baru ketahuan Friendster dah hilang dari muka bumi ni...hehe~ Bubye frindster , welcome facebook, twitter, tumbler dan er yg lain2......... Even byk sgt laman sosial kini tp aku mls nak melayan sgt.. cukuplah 1..... Cukup cukuplah dgn 1 keseronokan yang melalaikan... he he he~

Kenapa friendster dah lupus yer? Tp friendster la bermulanya laman bersosial kite kan... Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku guna friendster... Sejak aku dah terminate account la...hehe.. Thanx to friendster yg memberi kenangan yg cukup manis yang tidak dapat aku lupakan... Mengenal erti kehidupan dan pandangan hidup.. Pandangan kepada insan yang bernama manusia.... Farewell Friendster~ 

p/s: Manusia mencipta sesuatu untuk kebaikan tetapi manusia juga yang merosakkan~ 

Saturday 3 March 2012

Cantek tetap cantek, hepi tetap hepi =D ~

Assalamualaikum w.b.t

 Salam 1 Malaysia

Hasrat hati nak dapat baby yg ramai tapi sebelum tu kena lah pula melalui stage2 lain sebelum hasrat di hati tercapai... hehe~

Sedang sebuk bertambah sebuk......... Sebab malas nak pk byk bergerak pantaslah jwbnye...Preparation sebelum melangkah ke alam rumah tangga sgtlah rumit... Mmg rumit.. Sebab bagi aku majlis nikah kahwin nie byk belanjenye.. Takut ikut hati dan mengamalkan pembaziran pule... Benda tu yg plg aku risau.. So, aku try to amalkan ' Murah dan cantek'... Yes, sbb aku juge insan yg suka pd kecantikan tp selalunye cantek tu tentu lah mahal... hehe.. sape kate??  IAllah boleh dapat yg murah yg penteng santek lah.. Dan tak melebih2 lah... 

Ok lah, bila aku nak uruskan nikah kawen nie baru aku sedar kdg2 offer yg dtg mmg byk. cantek2 tp tp tp... Mak aih, mahal betul! Kpd kwn2 mmg mahal OK (sesape yg tak kawen lg la).. Tp sebenarnye pilihan di tgn kite... Kite boleh je nak cut cost dgn amek pilihan yg lebih murah tp cantek.. Especially duk kt kaw bandar ni.. Tp Alhamdulillah , Allah tunjuk kan jln yg mudah dan murah.. Sbb Dia tahu kemampuan hambaNya~

Ok lah, ape yg aku nak kongsi kan hari nie untuk diri aku juge... Supaya tak tersasar ke jlnNya.. Ingat! Kawen nie 1 hari aje, tak perlu berlebih2 yer wahai sayya~ 

Peringatan2 yg penting utk diri saya :

1 )  “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

**Aku dah dididik dr kecik TAK BOLEH PAKAI BULU MATA PALSU! So, aku mmg tak lah rase nak pakai pun.. So, aku tetap pendirian sesape nak make-up aku sila follows my rulesssss.. TQ =)
Alhamdulillah , pertemuan aku dgn kak Fadh yg paham, even die pun bertudung dan paham~ and lg 1, ade juge pengantin yg nak amek mak andam lelaki sbb dorg make up cantek.. For me, amek ajelah pompuan sbb u all mmg dah gojes... Penganten mmg dah cantek OK... Allah jdkan kt mmg sempurna....

** Kedua mengenai inai~ Aku mmg suke lah kan tgok org pakai inai lukis2.. Santekkkk!!! Bagi aku ok je~ Tp biaselah parent aku mesti lah tak bagi... even inai pun diorg kate tak boleh.. (of coz sbb ustaz lah bgtau) Owh, sedey='(... Takpe2 aku cari fakta and sile baca petikan ayat di atas.... Ok, aku faham dah kenapa tak boleh.. Mungkin inai lukis2 tu menyerupai tatoo... So, I hope i can still wearing JUST inai di jari... Tak de lukis2 keh?  Ade jugak aku search internet tentang kesahihan ini... Tp mmg ade yg kate harammm... So, sesape yg tau boleh juge give any respon to this. Tp aku mmg tak nak lah lukis2 sbb TAKUT!Lg pun aku tak rugi ape2 kalau tak pakai =)


2) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun menyatakan: Kalau mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

- Yang ini aku paham lah.. Waktu aku blajar dulu mmg tak boleh pkai baju yg berjela2 yang menampakkan kesombongan... Ini mmglah berlaku.. Kalau kita tengok filem2 barat.. KING2 dorg akan pakai jubah yg mencecah ke lantai kan kan kan.... Pastu, mmg aku tgok pilihan baju penganten2 yg ade semuanye labuh2 mengheret ke lantai... Mbe fesyen.... So, sebagai peringatan, SILA pilih kain yg tak labuh yer wahai sayya~ ( Susah gak ni kalau xde pilihan) Tp TETAP kene ikut kan, so JGN!). Ye lah, bila dah pakai labuh2 tu mbe ade perasaan mcm princess ke, tak tau lah kan........ 

3 ) Majlis tepung tawar... Aku tak dapat lah hadith berkenaan tepung tawar nie... Parent aku lg sekali melarang aku menepung tawar.. Tp aku tak kesah pun.. Tp aku mushkil lah apa ada dgn tepung tawar nie sebenarnye? Kenapa die ade zaman tok nenek moyang and kenapa kt tak boleh mengamalkannya.... Rupe2nye zaman dulu2 tepung tawar nie mcm kepercayaan zaman dulu2 kononnye beras tu ade semangat lah.. Beri kesihatan lah semua yg baik2 lah.. Begitu rupenye... Ok lah even kt tak PK pun sampai ke situ tp tetap tak nampak function tepung tawar e2 sendiri... So, just leave it !

4) Last sekali, pembaziran.... Yg aku nak cerita ni skit... Benda yg paling aku risau... Bagi aku banyak duit terpulanglah nak buat ape pun kan kan.. tp janganlah sampai menghampiri pembaziran.... Ok? Kdg2 bila fikir, hidup tak ber duit byk yg kita berkira2.. maka, kita beringat2 utk tidak membazir.... Semoga aku tergolong di antara org yg tidak membazir walau pun aku juga manusia biasa yg inginkan mcm2.. Yg santek2 lah~ yg penteng santek tp jimat... Ok =)


Itu sahaja yang aku nak kongsi dan mengingatkan diri aku yang kadang2 leka.... Dan post ini juga aku ingin kongsi bersama rakan-rakan ye.. Kalau saya ade tersilap langkah sila lah tegur2 kan.. (eh, ckp dgn rakan terus tukar sy tau... hehe )

p/s: kawan2 kalau ade salah dan silap sy tulis sile bg komen skit.. Sy nie bukan tau sgt , just want to share what i know with all of  you.muahx =)

Thursday 23 February 2012

Nukilan seminit dua ~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Nukilan seminit dua~

Post pun seminit dua ~

By: Me

Tangan diangkat ke langit, 
Sakit terasa perit,
Namun diri tak pernah serik,
Walau ada yang lebih menarik.

Rahmatnya sentiasa ada,
Namun jarang manusia jumpa,
Kerana datangnya berbeza-beza,
Hanya iman yang dapat merasa.

Kutitip doa sentiasa,
Agar selalu diingatiNYA,
Tidak dibiar aku lalai dan leka,
Menjauhi ku dari JANNAHNYA.


Thursday 19 January 2012

Layan~~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tak tau guane buleh terjerumus ke kancah gossip artis... Tetibe teringat cik in + cik ya... Haha.. Di suatu hening malam hari aku, cik in + cik ya terOVER borak pasal artis mcm lah artis tu adek bradek kitorg... sedara ape ntah lagi....Bercerite kalahkan wartawan gossp... Aku pun tak ingatlah cite pasal ape and siape yang pasti bile masing2 tersedar, mmg gelak tak tahan. Hari nie aku ternampk kt FB plak pasal mertua vs menatu... Tau2 la kan sape artisnye yang sekarang heboh diperkatakan... Hurmmmm... Mmgla tak fatut la kan cerita2 begini begitu keluar... Semuanya nak ikut perasaan. Kadang2 , kita ni jgn la terlalu bercakap mengikut perasaan, akibatnya tak elok nampak ke kita juge... Oleh memandangkan aku tak kahwen lagi, ini mendatangkan kerisau-an nie.. haha... harap-harap idak ler mertua vs menantu ni melibatkan kita semua... ape2 pun syurga itu di tapak kaki suami.. Kalau hati suami kita tak tenang mcm mane ah kita nak tenang... ye dak? haha.. cakap mcm lah kite nie terer sangat nak jaga hati suami.. hehehehehehehe =D 

Point aku nak cakap hari ini adalah...jen jen jen......( korang pon dah tau ler)

1. Jangan jadi ARTIS... haaaa... kan senang.. Orang pun tak tau pasal kite.. Kdg2 kite yang bukan artis ni pun ade org nak amek tau.. Inikan pule artis.. ye dak? At least ape yg berlaku pasal umah tangge idak ler org ramai tau.

2. Elakkan berkahwin dengan artis... Ini idak ler di galakkan tp kalau dah di tentukan idak ler boleh buat ape2  terimalah seadanya.. Idak ler kite memandang rendah seseorang artis itu cuma jika artis yang mengikut ciri-ciri Islam bolehlah di pertimbangkan walaupun dugaannya tetap ada....Yelah kita mencari calon pun kene ikut ciri-ciri yang digariskan... 

3. Jangan kawen lari..... Penat eh nak lari2 nie.. Kawen duduk je atas pelamin pun dah penat seharian ini kan pule nak habis kan wang ringgit kawen lari... Lain la kalau nak merase kawen kt oversea (thailand)...hehe.. 

4. Cubalah tambat hati orang tua kita.. Bukan dipihak menantu sahaja.. Anak pun bertanggungjwb buatkan mak/ayah anda suke kan isteri/suami anda.. Bukan peranan sebelah pihak sahaja...

Aku idak ler ade krisis dgn mak mertua sbb aku tak kawen lagi.. Tp aku tau la adap2 dan landasan2 yang telah ditentukan... Tanggungjwb msg2 kene ler study betul2.. Yang aku tau org yang lebih muda mesti dan mesti juge nak hormat org tua.. Ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki... Syurga anak lelaki di bwh tapak kaki ibu. Isteri pula kena tunduk patuh suami selagi suami tidak menyalahi tuntutan agama.. Nak cakap panjang pun susah juger lah kan.. Kalau org yang mengetahui iAllah semua ini dapat dielakkan.. Bukan hanya samakan perkara mertua vs menantu ni dgn cerite drama melayu tentang DHIYA.. Sah2 la cerite tu pun ntah hape2.. syirik... Sedih pulak bila 'ter' baca gossip pasal artis.. haha.. Mentaliti manusia yang comments are very ridiculous.... Tak tercapai akal.. haha... Tp at least aku bleh terbitkan 1 post ari nie =)

p/s: Don't judge others because we are not really knows what is the truth behind the 'TRUTH' =)

Tuesday 10 January 2012

Assalamualaikum w.b.t


Salam 1 Malaysia

Search sum keyword, suddenly terjumpa sesuatu yang menarik hati... Just copy and paste sebagai peringatan =)  

Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".


Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.


Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.


Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".


Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).


Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."


Kesimpulannya,

Betapa bahayanya MENIPU walaupun hanya bergurau inikan pula memfitnah... Janganlah kerana salah sangka kita, kita memfitnah dan sekaligus menipu... Kerana kata-kata adalah sangat berkuasa... Ingatlah!