Tuesday 2 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Ramadhan yang barakah telah tiba pada tarikh yang cukup cantik 01/08/2011... harap-harap ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan yang mulia ini pun cantik juga lah..

 Quote of the day: 
'Orang yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat' 
iAllah~

Jadi, sama-sama lah kita menuju kecemerlangan di dunia mahu pun di akhirat.

Puasa melatih seseorang untuk menjadi lebih kuat bukan pula sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa... Di bulan yang mulia ini juga kita hendaklah memaksa diri memperbayakkan amalan sehingga tiada ruang untuk tunduk patuh kepada hawa nafsu..Semoga dengan kata-kata semangat ini dapat menjadikan diri ini lebih semangat... 
SEMANGAT!SEMANGAT!SEMANGAT!

Kalau rase malas sangat , kita imbaslah difikiran kita sejarah-sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan. Diantaranya adalah peristiwa BADAR. Kemenangan di pihak orang ISlam dimana mereka berpuasa pada hari tersebut... Selain itu, pada bulan Ramadhan juga tentera ISlam telah mengalahkan tentera Monggol dan banyak lg... Semuanya kerana semangat LILLAHI TA'ALA

Marilah kita bertahan hingga ke akhir bulan 8.... 
<OFF FOR RAMADHAN>

Salam sayang dari saiya~