Wednesday 29 June 2011

Kenapa perlu berubah?~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

'Kenapa perlu berubah sedangkan ini adalah cara aku...'
 'Buat pe nak berubah? Aku tak nak jadi hipokrit... '
'Sy adalah sy...Buat ape sy nak jd orang lain?'
'Buat pe nak ikut cakap die? Dia tu macam la betul sgt'

Perkataan-perkataan ini sering di ungkapkan oleh org kan... Mmg sering terjd. Kita sering takkan dapat mengubah diri kita selain timbul kesedaran. Tetapi percayalah kt boleh berubah.... Cewah....

Kenapa orang tak nak berubah kepada yg lebih baik?

1) Ego....
2) Terasa diri sudah cukup baik 
3) Mmg tak bleh dgr cakap org lain
4) Malas la......

Manusia biasela mcm2 perangai... Tp kalau nmpak tak baik di mata kt, kt rase nak mrh je kan.... kan kan kan.. Esp bile dah selalu benda tu berlaku di depan mata kt.. Maka... Apa yg kita perlu lakukan utk mengelak kan perasaan uneasy kt?

PERTAMA : TEGURAN SECARA LEMBUT
-Haaa, ini mmg susah sikit... Mmg susah tp jdkan mudah =) 
1st, niat kite hendak menegur org tu biarlah betul....nak tegur hendaklah betul dan bertempat...

**Jika kwn kite yg rapat, mungkin lebih senanglah kt menegur beliau dgn lembut esp die dah knl kt.. Selitkan lah unsur2 lucu dan mencuit hati dlm teguran anda... 

**Jika ibu bapa,guru/makcik2, nyatakan bahawa mereka betul dahulu (kerana org lebih tua mmg betul je) dan selitkan 
'tp kan lebih elok........sambungla ayat yg rs mmg betul shj ye'

** Jika seseorang yg mmg tak sukakan kita.... Tak perlulah di tegur krn teguran e2 akan disalah tafsir dan membawa persengketaan.. Lebih baik jauhkan diri (jika menyakitkan hati) dan berdoa agar beliau diberikan petunjuk.. 

KEDUA : JIKA TAK BERUBAH

** Bagaimana nie? Masih tak berubah... MAKA! jgnla anda berduka cita.... Andalah yg perlu berubah... yeyeh.... Betapa payahnye beliau hendak berubah... Andalah kne berubah.......dgn menerima cara mereka seadanya.....=)

KETIGA: JIKA DIE NMPAK PERUBAHAN PD ANDA IALLAH MEREKA AKAN BERUBAH
simple kan =)


ADAB KETIKA MENEGUR by saiya a.k.a me

1) Hendaklah berlaku antara anda dan dia shj.. Jgn melibatkan ramai org.. Ini dapat menutup aib seseorang dan penerimaan seseorg itu lebih senang.

2) Jika si kene tegur naik angin dgn teguran anda. Anda jgn la naik angin balik walau pun teguran anda betul.. lebih baik diam. Kerana kdg2 manusia biasela, bl kne tegur mudah naik marah... Dan hendaklah kamu meminta maaf kerana telah membuat kwn anda terasa hati walau pun teguran anda benar sekalipun...

3) Bila anda dah mintak maaf, mungkin lembut hati seseorg itu utk berubah... Bukan senang nak berubah tp bg peluang mereka berubah perlahan2.. Jgnlah kt asik mengkritik mereka... 

Ok, sy pun manusia yg lemah tp hendak berkongsi... 
'Wa kongsi, lu tak sangsi-sangsi lagi'


Marilah sy kongsikan sedikit petikan buku berjudul 'ABU BAKAR' yg sy pinjam drpd seorg kenalan rapat...

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Abu Bakar as-Sidiq bertemu kenalannya bernama Rabi'ah al-Aslami. " Wahai Rabiah, marilah kita menyeru orang ramai menjadi pengikut Muhammad"

" Wahai Abu Bakar, sy tidak punya keberanian spt kamu. Saya lebih suka menyembunyikannya drpd pengetahuan orang ramai," jawab Rabi'ah mengecewakan  Abu Bakar.

"Kamu lelaki paling pengecut. Tidak layak bersahabat dengan saya!" kata Abu Bakar as-Siddiq

Rabi'ah berasa sedih mendengar kata2 itu lalu menangis.Tiba2 Abu Bakar as-Sidiq rasa bersalah kerana mengeluarkan kata2 yg tidak sepatutnya di ucapkan kepada Rabi'ah.

(kerana terlalu panjang sy pendekkan ye)

Akibat rase bersalah , Abu Bakar menyuruh Rabi'ah menghukumnya dgn hukuman qisas..Yakni dengan mengeluarkan kata2 yg kesat kembali kepada beliau.. 

jawab Rabi'ah "Sy tidak akan melakukannya kerana kamu adalah sahabat sy"

Bertambah sedihlah hati Abu Bakar mendengarnya. Lalu Abu Bakar mengajak Rabi'ah pergi berjumpa Rasulullah s.a.w utk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila berjumpa dgn Rasulullah, Abu Bakar pun menceritakan apa yg berlaku.....

Maka, Rasulullah pun menasihatkan kepada Rabi'ah "Janganlah kamu balas tetapi katakanlah, sebenarnya Allah sudah mengampuni kamu wahai Abu Bakar,"

Rabi'ah pun mengucapkan perkara yg sama kpd Abu Bakar.. Barulah senang hati Abu Bakar as-Sidiq. Dan persahabatan antara mereka semakin erat....

Begitulah cerita di zaman rasulullah yg ingin sy kongsikan bersama. Marilah kita sama2 mengambil ikhtibar. Jgnlah kita asik nak marah je ye=) Pengajaran utk sy juge yg tak lari drpd sifat amarah
 (syaitan la ni bisik2 kt telinge) =)

Wednesday 8 June 2011

Akhir zaman dugaannya hebat~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sudah lama tak berbelog secara ilmiah. Kerana agak sibuk hal-hal kejayaan duniawi. Oleh kerana melihat insan-insan disekeliling byk yg menjalani hidup dgn tekanan.. Mari kt singkap tujuan hidup kt supaya kt tak stress sgt ye =)

Mari sy kongsi sedikit apa yg ade didalam diari sy.. Wat????? Sy ade diari? hehe.. name pun diari, makanya tersembunyi dlm peti besi~

Lets have a peek!


Tak semestinya kite menjadi guru utk menyebar ilmu. Tak semestinya kita menjd ustaz atau ustazah utk menyebar ilmu agama. Apa yg kt tahu kt curahkan kpd ibu bapa, adik beradik, kwn2, manusia sejagat. Kt dah mencapai matlamat yg sama seperti seorang guru..

Sama juge hidup ini... Tak semestinya tidak mjd doktor, engineer, arkitek kt seorang yg gagal....

Teringat aku ketika waktu masuk U. Aku tidak suka dgn kehidupan aku.. Apa yg aku inginkan berbeza. Tp seorang hamba Allah menyatakan hanya 1 ayat buat ku yg buatkan aku sedar... Beliau menyatakan bahawa mungkin ada hikmah disebaliknya yg kt sendiri tak tau. Semuanya terbaik utk kt. Aku pegang benda tu kuat2...

Bila aku dah besar sikit ini baru aku sedar. Kt hidup didunia ini bukan mengikut kehendak kita. Tetapi apa yg ditentukan untuk kita dan cara kita menjalaninya dgn berlandaskan 1 pegangan hidup. Hanya 1.. Yakni kenapa kita dihidupkan didunia ini? Mengapa kita dijadikan didunia ini? Jika kt sedar iAllah kt akan tenang..

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Tetapi tidak dinafikan dugaan di akhir zaman ini sangatlah hebat. Kenapa?? Kerana manusia terlalu mengejar pangkat, kehendak melampaui kemampuan, terlalu takut 'APA ORANG KATA'.. Sebenarnya manusia terlalu takut 'APA ORG KATA'.. Hidupla bersederhana iAllah hidup akan diberkati...

Aku juga sebenarnye tak tercapai lagi target2 di atas. Kenapa? Kerana ada halangan2 yg hebat2 menghalang.. Dan aku juga ada list out halangan2 tersebut yg manusia kini sering berhadapan dgnnya... Boleh je nak kongsikan bersama. Tp next entry lah yer.. Selamat beramal~ tata titi tutu =)

Lg 1, kite jgn terlalu memikirkan apa yg akan jd selepas ini. Kerana kt tak kan tahu apa yg di tentukanNYA. Orang sekarang mmg terlalu memikir termasuk aku. Just merancang tetapi Allah yg menentukan. Do all ur best in your life ya asalkan 1 tujuan.. iAllah. Hope entry kali ini memberi 1000000000000000000000 kebaikan kpd semueeee=)

















































Wednesday 1 June 2011

HariIni~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

HariIniSayaInginMenulisBelogHanyaKepadaInsan-InsanYangSangatPenyabarSepertiSaya.
AdakahAndaSeorangYangSabarJikaYa,PastiAndaAkanMembacaHasilTulisanSayaSampaiKePenghujungnya=)
BaiklahSampaiDisiniSahajaPenulisanSaya.Sekian.SalamSayangDarpSayaYangDikejauhan...........

Peace=)