Wednesday 29 June 2011

Kenapa perlu berubah?~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

'Kenapa perlu berubah sedangkan ini adalah cara aku...'
 'Buat pe nak berubah? Aku tak nak jadi hipokrit... '
'Sy adalah sy...Buat ape sy nak jd orang lain?'
'Buat pe nak ikut cakap die? Dia tu macam la betul sgt'

Perkataan-perkataan ini sering di ungkapkan oleh org kan... Mmg sering terjd. Kita sering takkan dapat mengubah diri kita selain timbul kesedaran. Tetapi percayalah kt boleh berubah.... Cewah....

Kenapa orang tak nak berubah kepada yg lebih baik?

1) Ego....
2) Terasa diri sudah cukup baik 
3) Mmg tak bleh dgr cakap org lain
4) Malas la......

Manusia biasela mcm2 perangai... Tp kalau nmpak tak baik di mata kt, kt rase nak mrh je kan.... kan kan kan.. Esp bile dah selalu benda tu berlaku di depan mata kt.. Maka... Apa yg kita perlu lakukan utk mengelak kan perasaan uneasy kt?

PERTAMA : TEGURAN SECARA LEMBUT
-Haaa, ini mmg susah sikit... Mmg susah tp jdkan mudah =) 
1st, niat kite hendak menegur org tu biarlah betul....nak tegur hendaklah betul dan bertempat...

**Jika kwn kite yg rapat, mungkin lebih senanglah kt menegur beliau dgn lembut esp die dah knl kt.. Selitkan lah unsur2 lucu dan mencuit hati dlm teguran anda... 

**Jika ibu bapa,guru/makcik2, nyatakan bahawa mereka betul dahulu (kerana org lebih tua mmg betul je) dan selitkan 
'tp kan lebih elok........sambungla ayat yg rs mmg betul shj ye'

** Jika seseorang yg mmg tak sukakan kita.... Tak perlulah di tegur krn teguran e2 akan disalah tafsir dan membawa persengketaan.. Lebih baik jauhkan diri (jika menyakitkan hati) dan berdoa agar beliau diberikan petunjuk.. 

KEDUA : JIKA TAK BERUBAH

** Bagaimana nie? Masih tak berubah... MAKA! jgnla anda berduka cita.... Andalah yg perlu berubah... yeyeh.... Betapa payahnye beliau hendak berubah... Andalah kne berubah.......dgn menerima cara mereka seadanya.....=)

KETIGA: JIKA DIE NMPAK PERUBAHAN PD ANDA IALLAH MEREKA AKAN BERUBAH
simple kan =)


ADAB KETIKA MENEGUR by saiya a.k.a me

1) Hendaklah berlaku antara anda dan dia shj.. Jgn melibatkan ramai org.. Ini dapat menutup aib seseorang dan penerimaan seseorg itu lebih senang.

2) Jika si kene tegur naik angin dgn teguran anda. Anda jgn la naik angin balik walau pun teguran anda betul.. lebih baik diam. Kerana kdg2 manusia biasela, bl kne tegur mudah naik marah... Dan hendaklah kamu meminta maaf kerana telah membuat kwn anda terasa hati walau pun teguran anda benar sekalipun...

3) Bila anda dah mintak maaf, mungkin lembut hati seseorg itu utk berubah... Bukan senang nak berubah tp bg peluang mereka berubah perlahan2.. Jgnlah kt asik mengkritik mereka... 

Ok, sy pun manusia yg lemah tp hendak berkongsi... 
'Wa kongsi, lu tak sangsi-sangsi lagi'


Marilah sy kongsikan sedikit petikan buku berjudul 'ABU BAKAR' yg sy pinjam drpd seorg kenalan rapat...

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Abu Bakar as-Sidiq bertemu kenalannya bernama Rabi'ah al-Aslami. " Wahai Rabiah, marilah kita menyeru orang ramai menjadi pengikut Muhammad"

" Wahai Abu Bakar, sy tidak punya keberanian spt kamu. Saya lebih suka menyembunyikannya drpd pengetahuan orang ramai," jawab Rabi'ah mengecewakan  Abu Bakar.

"Kamu lelaki paling pengecut. Tidak layak bersahabat dengan saya!" kata Abu Bakar as-Siddiq

Rabi'ah berasa sedih mendengar kata2 itu lalu menangis.Tiba2 Abu Bakar as-Sidiq rasa bersalah kerana mengeluarkan kata2 yg tidak sepatutnya di ucapkan kepada Rabi'ah.

(kerana terlalu panjang sy pendekkan ye)

Akibat rase bersalah , Abu Bakar menyuruh Rabi'ah menghukumnya dgn hukuman qisas..Yakni dengan mengeluarkan kata2 yg kesat kembali kepada beliau.. 

jawab Rabi'ah "Sy tidak akan melakukannya kerana kamu adalah sahabat sy"

Bertambah sedihlah hati Abu Bakar mendengarnya. Lalu Abu Bakar mengajak Rabi'ah pergi berjumpa Rasulullah s.a.w utk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila berjumpa dgn Rasulullah, Abu Bakar pun menceritakan apa yg berlaku.....

Maka, Rasulullah pun menasihatkan kepada Rabi'ah "Janganlah kamu balas tetapi katakanlah, sebenarnya Allah sudah mengampuni kamu wahai Abu Bakar,"

Rabi'ah pun mengucapkan perkara yg sama kpd Abu Bakar.. Barulah senang hati Abu Bakar as-Sidiq. Dan persahabatan antara mereka semakin erat....

Begitulah cerita di zaman rasulullah yg ingin sy kongsikan bersama. Marilah kita sama2 mengambil ikhtibar. Jgnlah kita asik nak marah je ye=) Pengajaran utk sy juge yg tak lari drpd sifat amarah
 (syaitan la ni bisik2 kt telinge) =)

6 comments:

  1. huuu..menarik..
    bgusla mcm tu..sentiasa mengingati DIRI sendiri n orang lain

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita menginsafi diri dan memaafi ant 1 sama lain. =)

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH..
    hope so..jgn cakap dpn elok tp belakang lain..
    nawaitu da terpesong tak bole gak kan :)

    ReplyDelete
  4. iAllah sama-sama lah kt sentiasa bersangka baik... Nawaitu hanya Allah dan kt sahaja yg tau.. Jika nawaitu betul, iAllah jd baiklah ia.. Jika kt ambil ia sebagai baik tak rugi ape2=)

    ReplyDelete
  5. ini memang part kesukaan awak dalam buku tu kan? :)

    ReplyDelete
  6. Aah...part ni yg touching... Betapa tinggi budi pekerti mereka... Semoga kt dpt meniru cara mereka

    ReplyDelete