Friday 22 July 2011

To my love~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sesuatu yang sukar untuk dibuat pilihan apabila keduanya benda yang sama tetapi berbeda kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri... Bagi berlaku adil, postkan juge yang terbaik diantara yang terbaik...... =D

Khas untuk yang khas =)


Kepada yang khas --------> yang ini sedap lagi untuk didengar, yg lg 1 tu maknenye sebijik2 mbe senang utk dihayati.... Hwever, hopefully can bring smile to ur face =)


Thursday 21 July 2011

Drama melayu~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Duduk bersantai dirumah fokus untuk melakukan kerja pasti tidak ketemu jalannya... Pasti mata tertumpu pada kaca televisyen....Dengan sound effect yg cukup mempersonakan sudah cukup untuk memangil-mangil aku..

Tetapi aku tetap mendapat suatu pelajaran daripada cerita drama yang aku tengok td....

Keyword : Kelemahan diri

Jangan jadikan kelemahan diri sebagai penghalang tetapi jadikanlah kelemahan diri sebagai semangat untuk lebih berjaya....

Aku dah terasa seperti berusia pulak skg ni bila suke sgt tgok drama melayu... Mbe drama sekarang banyak pengajarannya atau aku mula mengenali erti kehidupan sebenar..

Dulu kalau tgok cerita melayu mesti aku pk, ah,tak logikla cite ni... Skg bila dah besar mmg banyak drama in reality of life...Tp mungkin benda2 ni jadi sbb influence drpd drama melayu kita terdahulu? Or mmg dari dulu mmg ade orang-orang macam tu.. Cuma aku je yang tak percaya memang ada orang jahat kat dunia ini sehingga tak tercapai akal... Sekarang tak usah cakap la...Macam-macam orang pelik kita akan jumpa.. Bace je la kt newspaper kan...

Semoga Allah melindungi kita semua...Amin~

Monday 11 July 2011

Bukan senang nak jd pemimpin~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''



Bukan senang nak menjadi seorang pemimpin..Kesabaran yang kuat perlu ada pada seseorang pemimpin.. Nak jadi pemimpin keluarga yang kecik-kecik pun susah inikan pula pemimpin-pemimpin yg besar-besar... Kadang-kadang susah juga memikul tanggungjwb sebagai pemimpin.. Mesti ada sahaja yg tidak puas hati dgn sesebuah kepimpinan.. 


Tetapi ketahui lah : 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

                                                                                          Dan.....
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamuberlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (Qs : 4:59)

sempena:BERSIH 2011