Thursday 12 April 2012

Rukun bacaan Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sambungan daripada entry sebelum ini... Hari ni nak sentuh sedikit tentang Rukun bacaan Al-Quran. Seperti Rukun2 yang lain seperti Rukun solat dan nikah... Rukun ni adalah perkara-perkara yang mesti dilakukan... Seperti solat, jika tertinggal salah satu rukun maka tak sah lah solat kita... Ada TIGA rukun bacaan Al-Quran :

1. Berguru dengan guru yang mempunyai sah sanad... Ape itu sanad? Sanad bermaksud sandaran.. Ini bermakna kita mempelajari al-Quran yang bersambung kepada bacaan Rasulullah s.a.w. Sanad ni sangat penting kerana bacaan al-Quran adalah sunah yang mesti diikut.. Bacaannya haruslah tepat seperti ajaran Rasulullah yang telah diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail.. So, kalau ustaz tu ada sanad, beliau akan ada carta aliran pengajiannya bermula dengan Rasulullah sampai lah nama tok guru dia dan nama dia..  So, bukan senang-senang nak dapat sanad ni.. Oleh yang demikian, berguru lah kita tatkala ingin membaca al-quran.. Mungkin kita rasa bacaan kita dah betul tetapi kita tetap perlu berguru...

2. Hendaklah kita membaca dengan bacaan sebutan Arab... Kalau tau berbahasa arab atau basic arab adalah digalakkan.. Jangan pula kita baca dalam sebutan melayu pulak.. Practice make perfect.. Mula-mula mungkin kita boleh baca dengan kelajuan yang perlahan.. Semua org bole membaca dengan laju tetapi yang penting bacaan dan sebutan yang tepat.. Itu yang sangat dituntut2 keh?

3. Membaca al-Quran menggunakan Rasm Uthmaniy.. Terdapat 2 jenis al-quran. Rasm Uthmaniy dan Rasm Al-Imla'i... Rasm Uthmaniy ni adalah al-quran yang ayatnya diturunkan kepada RAsulullah dan telah ditulis oleh Saidina Uthman. Dan penyampaian adalah secara terus daripada RAsulullah... Terdapat perbezaan tulisan diantara kedua-dua jenis RAsm ni... Penulisan Rasm Uthmaniy adalah lebih tepat terutama apabila masuk hukum2 tajwid.

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian ilmu daripada saya. kalu dapat yang lain, nnt akan di hupdate terus kepada kalian... Selamat membaca. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menjadikan kita manusia yang lebih berilmu dan menjadi lebih baik.... iAllah~

1 comment:






  1. الحشرات تكثر الحشرات في الدول العربيّة بسبب ارتفاع درجات الحرارة وارتفاع نسبة الرطوبة في العديد من المناطق التي تطلّ على المسطّحات المائية، وتُسبّب تلك الحشرات والآفات الكثير من الضرر في حال تواجدها في المنازل أو منشآت الأعمال، خاصّةً التي تختصّ بالمنتجات الغذائية، ومن أهمّ المشاكل التي تسبّبها الحشرات في المنازل الأمراض التي تصيب قاطني المنزل خاصّةً الأطفال، والعفونة التي تصيب الأثاث والملابس المحفوظة في الخزائن.






    شركة مكافحة حشرات بجازان

    شركة مكافحة حشرات بخميس مشيط

    شركة تنظيف خزانات بالطائف

    شركة عزل اسطح بالطائف

    شركة كشف تسربات المياه بالطائف

    شركة نقل اثاث بالطائف

    شركة مكافحة حشرات بابها











    ReplyDelete