Thursday 12 April 2012

Rukun bacaan Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Sambungan daripada entry sebelum ini... Hari ni nak sentuh sedikit tentang Rukun bacaan Al-Quran. Seperti Rukun2 yang lain seperti Rukun solat dan nikah... Rukun ni adalah perkara-perkara yang mesti dilakukan... Seperti solat, jika tertinggal salah satu rukun maka tak sah lah solat kita... Ada TIGA rukun bacaan Al-Quran :

1. Berguru dengan guru yang mempunyai sah sanad... Ape itu sanad? Sanad bermaksud sandaran.. Ini bermakna kita mempelajari al-Quran yang bersambung kepada bacaan Rasulullah s.a.w. Sanad ni sangat penting kerana bacaan al-Quran adalah sunah yang mesti diikut.. Bacaannya haruslah tepat seperti ajaran Rasulullah yang telah diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibrail.. So, kalau ustaz tu ada sanad, beliau akan ada carta aliran pengajiannya bermula dengan Rasulullah sampai lah nama tok guru dia dan nama dia..  So, bukan senang-senang nak dapat sanad ni.. Oleh yang demikian, berguru lah kita tatkala ingin membaca al-quran.. Mungkin kita rasa bacaan kita dah betul tetapi kita tetap perlu berguru...

2. Hendaklah kita membaca dengan bacaan sebutan Arab... Kalau tau berbahasa arab atau basic arab adalah digalakkan.. Jangan pula kita baca dalam sebutan melayu pulak.. Practice make perfect.. Mula-mula mungkin kita boleh baca dengan kelajuan yang perlahan.. Semua org bole membaca dengan laju tetapi yang penting bacaan dan sebutan yang tepat.. Itu yang sangat dituntut2 keh?

3. Membaca al-Quran menggunakan Rasm Uthmaniy.. Terdapat 2 jenis al-quran. Rasm Uthmaniy dan Rasm Al-Imla'i... Rasm Uthmaniy ni adalah al-quran yang ayatnya diturunkan kepada RAsulullah dan telah ditulis oleh Saidina Uthman. Dan penyampaian adalah secara terus daripada RAsulullah... Terdapat perbezaan tulisan diantara kedua-dua jenis RAsm ni... Penulisan Rasm Uthmaniy adalah lebih tepat terutama apabila masuk hukum2 tajwid.

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian ilmu daripada saya. kalu dapat yang lain, nnt akan di hupdate terus kepada kalian... Selamat membaca. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menjadikan kita manusia yang lebih berilmu dan menjadi lebih baik.... iAllah~

Monday 9 April 2012

Sharing is caring~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

HAri ini mulakan hari dengan penuh ketenangan dan kesyukuran... Mengenal sedikit hukum-hukum mudah yang kita sendiri tak tau maupun lupe... Moh ler kite ----------------------->

Hari nie aku nak bgtau sikit hukum-hukum berkenaan dengan al-quran. Urmm, mcm biasa pendek dan ringkas je... Ini pun aku dapat drpd seorg ustaz lah ~ pendek tp menarik :

Q :Apakah hukum mempelajari ilmu tajwid ?  ( sapa buleh jwb???)
A :Hukumnya adalah fardhu kifayah....
Q : Apakah itu fardhu kifayah?
A : Fardhu itu adalah wajib.... Tetapi fardhu kifayah itu , apabila segelintir manusia melakukannya, sebahagian daripadanya terlepas daripada dosa. In a short termnya, org lain buat, kt tak payah or kt buat , org lain tak payah....

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran dengan bacaan tajwid yang betul?
A : Hukumnya adalah fardhu Ain
Q: Apakah itu fardhu Ain?
A:  Fardhu sekali lagi adalah wajib.... Fardhu Ain adalah wajib bagi individu itu sendiri.. Maka kita perlu dan org lain pun perlu membaca al-quran dengan betul...

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran?
A: Hukumnya sunat
Q: Apakah erti sunat?
A: Sunat bererti buat dapat pahala tak buat tak dapat apa2.... Tp ustaz nie guna pendekatan lain sikit lah... Buat dapat pahala, tak buat rugi! (hehe)

Marilah membaca al-quran dengan sebutan dan tajwid yang betul... Kepada yang tidak tau membaca atau slow tidak mengapa kerana setiap pahala kesukaran bacaan kita itu semuanya dikira....Dan jika yang tak tau betul atau salah bacaannya tidak terlambat untuk kita berguru.... Apabila kita berguru, kita lebih yakin bahawa bacaan kita adalah betul... IALLAH~

p/s : Ada byk juga ustaz2 yang tidak ambil upah pun mengajar tetapi tiada siapa yang ingin belajar akibat kekangan masa dan sebagainya... Maka, pandai2 lah kita membahagikan masa.. Kalau dah pandai nnt boleh lah ajar anak2 kita bacaan yang tepat seawal usia kecil lg =) 

Saturday 31 March 2012

Cinta Bersatu~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Hanya engkau saja yang tulus mengerti aku, terima apa adaku~ cewah~



Friday 30 March 2012

Hormati sesama manusia~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tak ada idea nak tulis apa sbb bila semangat berkobar-kobar nak share bahan, mesti tgh drive ke, kt kedai ke, tgh cat rumah ke, tgh gosok gigi ke... Op coz lah lappito takde kt depan mata... Skg ni, time mengantuk plak la kan nak hupdate belog.. 

Hurm, sambil dgar era kt lappito ni... Layan jgk lagu2 sekarang ni.. byk best2~ Tp sekarang tgh layan lagu lama~ Ape ntah la tajuk die... Saleem nyanyi... 

Ok , back to our topic... Respect!

Hormati sesiapa sahaja tidak kira tua mahupun yang muda daripada kita.... Tak kira berpangkat tinggi atau pun rendah... Kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing... Even ape jua pekerjaan orang tu... Jangan kita memandang rendah kerana setiap apa jua pekerjaan yang dilakukan ada sumbangannya kepada bangsa, agama dan negara. Ok?

Tp aku rasa budak2 sekarang nie pun ramai yang tau menghormati, mereka tidak mengira pekerjaan seseorang tu semata-mata... Budak2 pun dah pandai menilai.. Diorg sume bijak pandai zaman2 lani. Yelah, nak dengar ceramah pun online je.. Ilmu tersebar luas dengan mudahnya.... Semoga dengan teknologi-teknologi terkini budak2 kita lebih menggunakannya ke arah kebaikan... Nak dapat maklumat pembelajaran pun senang....

Mata dah mengantuk lah pulak...... zzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzz nytenite~

p/s: Dgar lagu yuna sat b4 sleep~~~~~~~~~~~~~~~~~ lalalalalalalalalala~

Thursday 22 March 2012

Friendster???????~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Baru ketahuan Friendster dah hilang dari muka bumi ni...hehe~ Bubye frindster , welcome facebook, twitter, tumbler dan er yg lain2......... Even byk sgt laman sosial kini tp aku mls nak melayan sgt.. cukuplah 1..... Cukup cukuplah dgn 1 keseronokan yang melalaikan... he he he~

Kenapa friendster dah lupus yer? Tp friendster la bermulanya laman bersosial kite kan... Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku guna friendster... Sejak aku dah terminate account la...hehe.. Thanx to friendster yg memberi kenangan yg cukup manis yang tidak dapat aku lupakan... Mengenal erti kehidupan dan pandangan hidup.. Pandangan kepada insan yang bernama manusia.... Farewell Friendster~ 

p/s: Manusia mencipta sesuatu untuk kebaikan tetapi manusia juga yang merosakkan~