Sunday 29 May 2011

Kwn sy cantek ~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Dah lama nak cite ni.. Tp tak tercerita..Hari ini sambil tgok final mentor, laptop pun dah depan mata... Tulis la sikit belog yg dah lama tak berusik... Dimulakan dgn bismillah pembuka bicara....

Saya ada kawan cantek... Sgt cantek...Bg sy, dimata sy beliau kwn sy yg plg cantek =)

Berkenalan bermula waktu sekolah rendah lg... Si cantek manis putih melepak seperti kacukan tetapi tetap berwajah melayu, tinggi lampai, bijak bistari, pemalu tetapi tetap bersederhana dan merendah diri... Beliau sgt cantek tetapi pemalu+clumzy sikkit.. tp tu dulu la tyme sekolah rendah... Pakai tudung pun ke depan... Walau pun cantek,tetapi menutup kecantikan dgn memakai tudung selebet2..haha... Nak cakap lemah lembut tak jugak tp sopan la... Tp mmg pemalu sgt... Sama geng dgn aku, pemalu..haha (asal aku?)

Nak dijadikan cerita,punye la pemalu and low profile... Suatu hari,die msuk pertandingan.. Tu pun sbb kwn die yg ajak...Sekali menang....Sesape yg menang kene amek hadiah kt depan la kan.Die punye la terkejut dan gelabah.....Dengan tudung kedepannye,muka tunduk, jln lajuuuuuuuuuuuuu sgt amek hadiah...haha.. Mcm kartun... Org len mesti tak mcm die...Cantek tp pemalu sgt.....sbb tu aku suke die..Opps~

Dah lame aku cari die..Kt FB takde sume takde... Suatu hari tu, aku pergi shopping kt care4 kaw umah aku... Sekali aku tersempak dgn die... aku terkesima..Mata tak lepas memandang si dia... Aku bolehje nak tegur die tp masalahnye aku tak bolehhhhh!!!!!!! Aku terlalu nerbes nak tegur die...

Suatu malam... tet tet tet... Die msg akuuuuu....... Hepi gile perasaan ini owhhhh~ Akhirnye persahabatan tak terputus di sini.. Dan aku dah dapat add FB die.... Dan dah boleh nak tgok die selalu =)

p/s: Die sama seperti dulu tetap santekkkkkkkk semakin santekkkk tak tak sama seperti dulu masih cantek...Takde perubahan tetap sgt santekkkk... Subhanallah~ 

Ya Allah semoga Kau perelok kan sifat dan akhlaknya sepertimana paras rupanya..Amin~


Aiyok....terlupe lg =O

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Hari ini bertarikh sekian sekian.... pukul 10p.m baru aku perasan.... Aku terlupe!!!!!!!!!! aha. Penteng sgt ke nk kene ingat? Tak la penteng tp penteng la jugak..Kenapa penteng? Sbb kalau ingat, mcm best la.. Tp kalau lupe mcm nie???????? Takde la rase tak best sbb lupe tp rase bersyukur...hihi.. Alhamdulillah..... 


p/s : AWAKKKKKKKKKKKK LUPEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!! kt lupe......Asik lupe je kt nie... haha =D

Kepada berkenaan : Selamat menyambut bulan MEI~

Sunday 22 May 2011

Maksud di dalam bacaan solat~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Izinkan saya imbas sedikit post yang sebulum ini.. Iaitu tentang  video kusyuk solat yang dibentangkan oleh Aa Gym. Berdasarkan daripada ucapan beliau kusyuk solat itu sgt penting. Dan untuk mendapatkan kekusyukan di dlm solat adalah penting untuk mengetahui makna disebalik bacaan kita. Disini iAllah sy akan berkongsi sedikit 'sumthing' lebih2 lg kepada insan2 yang sy sygi.. Pembaca yang membaca blog ini pun of coz org-org yg plg dekat di hati ;). Yang jauh pun boleh jugee sama-sama mengambil manfaat drpdnya... Hari ini sy ingin kongsikan maksud2 didlm solat yg kita kerjakan.. Mungkin ada yang tahu, ade yg masih tidak tahu..Ade juga yg mungkin sudah lupa...Jd sama2 lah kita, apabila solat, titipkan didlm hati maksud2nya.. Kita mungkin lemah berbahasa arab tetapi tidak semestinya terus lemah memahami ayat2 Allah =)


1. Takbir 


Maksudnya
Allah Maha Besar

2. Doa Iftitah


 

Maksudnya :
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam 
aku
bukan
dari
golongan
orang



3. Al Fatihah


Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam


Maksudnya : 
Dengan nama Allah yang maha pengasih penyayang

Segala puji-pujian bagi allah tuhan semesta alam. Yang bersifat pengasih penyayang. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Akan Engkau sahaja Tuhan yang kami sembah , dan hanya Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan. Tujukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  


4. Ruku'


Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-Nya

5. Iktidal


Maksudnya:
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

6.Sujud 


Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang maha tinggi dengan sifat kepujian-Nya


7. Duduk diantara dua sujud 


Maksudnya:
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezki, dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

8. Tahyat awal


Maksudnya:
Segala ucapan selamat yang berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahwa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkan lah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.


9. Tahyat akhir



Maksudnya:
Segala ucapan selamat yang berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahwa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkan lah kesejahteraan atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha tinggi.



p/s : Betapa indahnya bacaan di dalam solat kita =)


Saturday 21 May 2011

Alhamdulillah~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tadi terjumpa sumthing yang agak baru.. Jom saksikan sekejap =)


P/s: Semoga Allah memberi hidayah kpd kt semua dan tidak membolak balik kan hati kita semua...Amin~

Pendakwah yg plg aku kagumi~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Yan Gymnastiar (lahir di BandungJawa Barat30 Februari 1962; umur 49 tahun) atau lebih dikenal sebagai Abdullah Gymnastiaratau Aa Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit, pengusaha dan pendiri Pondok Pesantren Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung [1]. Aa Gym menjadi populer karena mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan gaya teatrikal dengan pesan-pesan dakwah Islami yang praktis dan umum diterapkan pada kehidupan sehari-hari.

Sumber : Wikipedia

Beliau aku kenal beberapa tahun lalu melalui saluran Astro Oasis. Waktu 1st tyme Oasis muncul di kaca TV. Aku mmg tertarik dgn cara beliau. Sebenarnya, lebih kepada isian beliau. Sangat padat dan tiada langsung ruang yang sia2 keluar tiap saat ceramah beliau... Dan yang plg aku tertarik setiap kali ceramah beliau, pasti ada 'doa' untuk setiap sesi dan sgt touching... Apa yg dinyatakan sgt dekat dgn kt...Semoga kt mengambil ikhtibar. 

Disini aku post kan satu slot ceramah beliau...






Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil ikhtibar untuk memperbaiki diri.. =)



Friday 20 May 2011

Risalah terakhir Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Hari ini marilah kt sama-sama menghayati risalah terakhir nabi dan rasul kt Muhammad s.a.w. 

Disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di lembah Uranah,Bukit Arafah

“Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga terglincir matahari (waktu zohor).


Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144.000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
  1.  Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
  2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
  3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
  4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
  5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
  6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
  7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
  8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Alquran  dan sunnahku
  9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
  10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
  11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
  12.  Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)

Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis. SayyidinaUmar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.



Maksud dan pemahaman ayat di atas :

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun juga agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah  telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah isteri-isteri kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana, sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpusalah pada bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu adalah sama, tidak ada seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dengan sebab takwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu keluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku  sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan sunnahku.
      
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu.

Takutlah kamu pada satu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah kemudian akan disempurnakan setiap jiwa apa yang ia telah kerjakan dan meraka tidak dizalimi."

Sumber : Carian internet sahaja

Wallahualam~




Monday 9 May 2011

Rezeki tak datang bergolek~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Wahai saya dan kalian... Rezeki tak datang bergolek.. Mohla kita berusaha... Oleh itu, berusaha lah kita terus menunggu~ =D

P/s : Sgt lapooo.

Yeah, alhamdulillah makanan dah sampai =)

Perkara yang lepas usah dikenang~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Post ini hanya sandaran kepada previous post...  Post yang bertajuk '15 minit sahaja~'. Oleh kerana post tersebut mmg khas during 15 minit... So, no editing... sori bahasa pun ala2 sedap gitu kan kan.... 

Ok, bye bye~ da da~ ti ti~ tu tu~ da dee doo~


15 minit sahaja~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Post kali ini hanya boleh memakan masa 15 minit je nak tulis... Ini kerana mau pulang ke rumah sudah =D yeah~ Maka, apanya mau share ini hari? Hurm.... nak kongsi sumthg yg bisa membuatkan otak ku ligat memikirkan dan asik memikirkannya........

PL
PL
PL
PL

This word always stuck in mind...urgh~ 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau 1 ayat!"(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Makanya, disini kerana sy sgt menghargai masa (hanya tinggal lg 10 minit je lg nak post ni).... Mari la kt sentiasa berpesan-pesan... Menyampaikan ilmu walaupun ilmu itu hanya sedikit agar manfaatnya boleh digunakan bersama......

Tak kesahlah walau pun ilmu apa pun... Disini sy ingin berkongsi sedikit amalan yg baik untuk di kongsi bersama :

Masak bukan sebarang masak, makan bukan sebarang makan... Untuk menghasilkan keluarga yang sihat dan gemilang.  Makanan mestilah bersih (6 min to go).....Oleh itu, cara masak mestilah betul... Tip2 memasak :

1. Basuh makanan dgn bersih... menggunakan ar yg mengalir.. Kebiasaannya, ketika membasuh makanan tu, selawatlah ke atas nabi.. Dulu buat sbb mak suruh buat...Awet muda katenye.. Tp sbnarnye byk faedah dan ganjarannya....

2. Apabila masak, hati mesti ikhlas dan sebut perkara-perkara yang baik sahaja.. Kalau rase tgh marah, berhenti dahulu..Istighfar byk2... Mane la tau tgh bergaduh dgn husband ke, anak ke masa tu.... Akibatnye, tidak baik kepada sesiapa yang memakan makanan tersebut. Mungkin nnt mereka akan menjadi pemarah apabila mkn masakan kite.. Allahualam~


Tetttttttttttt (masa dah tamat plak dah) Tak sempat nak edut and tambah lg.. NNt kt tambah lg eh... boboi~

Saturday 7 May 2011

Si bibir merah~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Kenangan manis kau dan aku tak kan ku lupa.... Duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia......
Sayang menyanyang cinta di kenang.... Perasaan menjadi rinduuuuuuuu~.............
oOOOOooooooOOoooo

Cinta monyet... Kenapa istilah cinta monyet muncul dalam kamus ,melayu kite? kalau istilah london plak cinta anak anjing 'puppy love'...  Mcm2 boleh cakap pasal cinta nie... Cinta pandang pertama lah, cinta kolestrol la, cinta antara benua la...

Bercinta di alam remaja....
Bercinta alam remaja muke nak licin, bibir nak merah..... Kalau pergi makan sesama... tak nak makan.. nnt comot.. MALULA ! Nak order air sirap je... itu je yang mampu... Lg pun, air sirap kalau minum, bibir bleh jd merah... nak pakai lipstik tak boleh lg... Over sgt la plak.. Kalau boleh, minum sirap tu ketap bibir.. biar merah sekata... Baru la jambu.....

Bila dah besar sikit... Masih malu2... kalau makan sama2 ...Still tak nak order makanan.. Nnt comot.. Alasan, diet la...Lega sang kekasih, tak yah keluarkan duit... Tp air tetap kene order.. Tp tak main la sirap...  Ape barang sirap... Merah pun tak tahan lame... Order air MERINDA STRAWBerri la..... Baru la merah menyala... Minum ketap bibir... Tahan lama skt... Baru la jambu =)

Kini dewasa, pakai lipstik MAC la... Baru bergaya... tp bila keluar makan bersama... Makan tak nak, minum pun tak nak...Aik, pulak! Nanti hilangla lipstik...Mahal tu beli... Dah tau mahal, kene la jimat =D


p/s : Teringat mak aku pernah cerita zaman remaja adik beradik mak aku... Mereka nak bibir merah... Petua letak sikit cili merah dekat bibir... Punye la nak merah menyala, mereka pun ganyang cili merah tu byk2 kt bibir msg2... Jen jen jen... Bibir yang di idam2 kan bertukar warna... Malangnye, merah bertukar biru..... Lebam jdnye, masing2 menaham pedih.... 'MENYINGA msg2...=D

 Weeeeewiiitttttttttt...