Thursday 19 January 2012

Layan~~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

Tak tau guane buleh terjerumus ke kancah gossip artis... Tetibe teringat cik in + cik ya... Haha.. Di suatu hening malam hari aku, cik in + cik ya terOVER borak pasal artis mcm lah artis tu adek bradek kitorg... sedara ape ntah lagi....Bercerite kalahkan wartawan gossp... Aku pun tak ingatlah cite pasal ape and siape yang pasti bile masing2 tersedar, mmg gelak tak tahan. Hari nie aku ternampk kt FB plak pasal mertua vs menatu... Tau2 la kan sape artisnye yang sekarang heboh diperkatakan... Hurmmmm... Mmgla tak fatut la kan cerita2 begini begitu keluar... Semuanya nak ikut perasaan. Kadang2 , kita ni jgn la terlalu bercakap mengikut perasaan, akibatnya tak elok nampak ke kita juge... Oleh memandangkan aku tak kahwen lagi, ini mendatangkan kerisau-an nie.. haha... harap-harap idak ler mertua vs menantu ni melibatkan kita semua... ape2 pun syurga itu di tapak kaki suami.. Kalau hati suami kita tak tenang mcm mane ah kita nak tenang... ye dak? haha.. cakap mcm lah kite nie terer sangat nak jaga hati suami.. hehehehehehehe =D 

Point aku nak cakap hari ini adalah...jen jen jen......( korang pon dah tau ler)

1. Jangan jadi ARTIS... haaaa... kan senang.. Orang pun tak tau pasal kite.. Kdg2 kite yang bukan artis ni pun ade org nak amek tau.. Inikan pule artis.. ye dak? At least ape yg berlaku pasal umah tangge idak ler org ramai tau.

2. Elakkan berkahwin dengan artis... Ini idak ler di galakkan tp kalau dah di tentukan idak ler boleh buat ape2  terimalah seadanya.. Idak ler kite memandang rendah seseorang artis itu cuma jika artis yang mengikut ciri-ciri Islam bolehlah di pertimbangkan walaupun dugaannya tetap ada....Yelah kita mencari calon pun kene ikut ciri-ciri yang digariskan... 

3. Jangan kawen lari..... Penat eh nak lari2 nie.. Kawen duduk je atas pelamin pun dah penat seharian ini kan pule nak habis kan wang ringgit kawen lari... Lain la kalau nak merase kawen kt oversea (thailand)...hehe.. 

4. Cubalah tambat hati orang tua kita.. Bukan dipihak menantu sahaja.. Anak pun bertanggungjwb buatkan mak/ayah anda suke kan isteri/suami anda.. Bukan peranan sebelah pihak sahaja...

Aku idak ler ade krisis dgn mak mertua sbb aku tak kawen lagi.. Tp aku tau la adap2 dan landasan2 yang telah ditentukan... Tanggungjwb msg2 kene ler study betul2.. Yang aku tau org yang lebih muda mesti dan mesti juge nak hormat org tua.. Ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki... Syurga anak lelaki di bwh tapak kaki ibu. Isteri pula kena tunduk patuh suami selagi suami tidak menyalahi tuntutan agama.. Nak cakap panjang pun susah juger lah kan.. Kalau org yang mengetahui iAllah semua ini dapat dielakkan.. Bukan hanya samakan perkara mertua vs menantu ni dgn cerite drama melayu tentang DHIYA.. Sah2 la cerite tu pun ntah hape2.. syirik... Sedih pulak bila 'ter' baca gossip pasal artis.. haha.. Mentaliti manusia yang comments are very ridiculous.... Tak tercapai akal.. haha... Tp at least aku bleh terbitkan 1 post ari nie =)

p/s: Don't judge others because we are not really knows what is the truth behind the 'TRUTH' =)

Tuesday 10 January 2012

Assalamualaikum w.b.t


Salam 1 Malaysia

Search sum keyword, suddenly terjumpa sesuatu yang menarik hati... Just copy and paste sebagai peringatan =)  

Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".


Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.


Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.


Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".


Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).


Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."


Kesimpulannya,

Betapa bahayanya MENIPU walaupun hanya bergurau inikan pula memfitnah... Janganlah kerana salah sangka kita, kita memfitnah dan sekaligus menipu... Kerana kata-kata adalah sangat berkuasa... Ingatlah!