Monday 9 April 2012

Sharing is caring~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia

HAri ini mulakan hari dengan penuh ketenangan dan kesyukuran... Mengenal sedikit hukum-hukum mudah yang kita sendiri tak tau maupun lupe... Moh ler kite ----------------------->

Hari nie aku nak bgtau sikit hukum-hukum berkenaan dengan al-quran. Urmm, mcm biasa pendek dan ringkas je... Ini pun aku dapat drpd seorg ustaz lah ~ pendek tp menarik :

Q :Apakah hukum mempelajari ilmu tajwid ?  ( sapa buleh jwb???)
A :Hukumnya adalah fardhu kifayah....
Q : Apakah itu fardhu kifayah?
A : Fardhu itu adalah wajib.... Tetapi fardhu kifayah itu , apabila segelintir manusia melakukannya, sebahagian daripadanya terlepas daripada dosa. In a short termnya, org lain buat, kt tak payah or kt buat , org lain tak payah....

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran dengan bacaan tajwid yang betul?
A : Hukumnya adalah fardhu Ain
Q: Apakah itu fardhu Ain?
A:  Fardhu sekali lagi adalah wajib.... Fardhu Ain adalah wajib bagi individu itu sendiri.. Maka kita perlu dan org lain pun perlu membaca al-quran dengan betul...

Q: Apakah pula hukum membaca al-quran?
A: Hukumnya sunat
Q: Apakah erti sunat?
A: Sunat bererti buat dapat pahala tak buat tak dapat apa2.... Tp ustaz nie guna pendekatan lain sikit lah... Buat dapat pahala, tak buat rugi! (hehe)

Marilah membaca al-quran dengan sebutan dan tajwid yang betul... Kepada yang tidak tau membaca atau slow tidak mengapa kerana setiap pahala kesukaran bacaan kita itu semuanya dikira....Dan jika yang tak tau betul atau salah bacaannya tidak terlambat untuk kita berguru.... Apabila kita berguru, kita lebih yakin bahawa bacaan kita adalah betul... IALLAH~

p/s : Ada byk juga ustaz2 yang tidak ambil upah pun mengajar tetapi tiada siapa yang ingin belajar akibat kekangan masa dan sebagainya... Maka, pandai2 lah kita membahagikan masa.. Kalau dah pandai nnt boleh lah ajar anak2 kita bacaan yang tepat seawal usia kecil lg =) 

No comments:

Post a Comment